hari tu ada baca sebuah buku tuh. segalanya cinta. hehehehe saje gatal2 nk baca
motivasi untuk diri sendiri
banyak benda yg menarik dlm buku tuh
tp yg aku nk share sebahagian madah2 yg aku kutip dr buku tuh
cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi.
cinta membawa penderitaan,
tetapi tak pernah berdendam,
tak pernah membalas dendam.
di mana ada cinta di situ ada keidupan.
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan
~mahatma ghandhi~
cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya.
jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,kedustaan, penipu,
langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,
di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan,
setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.
~hamka~
satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah
jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan
~dale carnagie~
hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang
dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun,
yang tetap akan menerangi tempat-tempat jauh
seperti menerangi tempat kita sendiri,
iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa.
~innayan khan~
cinta itu laksana air pancuran
yang digunakan roh pengantin
sebagai siraman ke dalam roh orang-orang yang kuat,
membuat mereka bangkit dalam doa
di antara bintang-bintang di malam hari
dan senandung pujian di depan matahari di siang hari
~khalil gibran~
andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan
mampu dan andai kata ia akan menolaknya,
ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,
bukan suatu hasil usaha,
Cinta berasal dari Tuhan
~al-hujuri-kasyf al mahjun~
pabila cinta menggamitmu, ikutilah ia walaupun jalan-
jalannya sukar dan curam. pabila ia mengepakkan
sayapnya, engkau serahkanlah dirimu kepadanya
walaupun pedang yang tersisip pada sayapnya akan
melukakan kamu.
~khalil gibran~
kehidupan ini seumpama bunga,
maka cinta adalah madunya
~hamka~
lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya.
cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya.
~pepatah denmark~
barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta,
ia telah membangunkan langit di atas bumi
~pujangga barat~
jangan mencintai seseorang seperti bunga,
kerana bunga mati kala musim berganti.
cintailah mereka seperti sungai,
kerana sungai mengalir selamanya.
~pujangga cinta~
jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya. sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya.
~unknown~