Saturday, November 27, 2010

lewat semesta

satu kata bertulis cinta
telah merasuki
tak urung cinta tersentuh
hanya ku rasa

dan jika wujud yang menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa

menjaganya, menjaganya


wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan

begitu ingin berbagi batin
mendengarkan asa di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku




Tuesday, November 23, 2010

ORANG ISLAM TIDAK PERLU DISUSUN

email ni aku dapat dr seorang kawan, bacalah ye

Orang Islam tak perlu disusun

Dalam satu program yang bertajuk ONE FAMILY dari channel online Islamik – MAJD. Speakernya ialah Dr.Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat)

Dia mengatakan bahawa umat Islam tidak pernah perlu diatur, mereka hanya perlu YAKIN.

Dia menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam, sambil Dr Yahya menonton secara live , broadcast dari Kaabah, di kaca TV.

http://2.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/TLXQkBdKoGI/AAAAAAAAhs8/sXrXlzfZzT8/s400/2.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/TLXQjWUddlI/AAAAAAAAhs4/AD5tXBIUwQQ/s400/1.jpg

Orang Amerika sangat kagum tentang bagaimana sebegitu ramai orang di dalam Masjidil Haram, lebih dari 3 juta umat Islam berada di sana pada malam terakhir bulan suci Ramadhan, begitu sesak sehingga tidak teratur.

Dr Yahya bertanyakan Non-Muslim tersebut : Berapa lama anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?

Dia menjawab: sekurang-kurangnya 2-3 jam

Sheikh mengatakan: tapi masjid (HARAM) dari Kaabah ada mempunyai 4 tingkat

Orang itu berkata: Oh, ini akan memakan masa 12 jam untuk organize.

Sheikh mengatakan: Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza.

Orang Amerika berkata: Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan DENGAN APA CARA SEKALIPUN!

Kemudian tiba waktu solat , dan Imam berdiri dan berkata ESTAWOO (tetapkan dirimu)

http://1.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/TLXQlDRmKHI/AAAAAAAAhtA/jc0WwC1rW-8/s400/3.jpg

Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan 3 juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa BEBERAPA SAAT sahaja!

http://3.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/TLXQmMn60QI/AAAAAAAAhtE/sRk9g_M3nqE/s400/4.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/TLXQnZR98uI/AAAAAAAAhtI/T3twAwm5btc/s400/5.jpg

Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat, dan kemudian berkata:

ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASULULLAH.

(Aku bersaksi bahawa tidak ada yang patut disembah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)

http://3.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/TLXQojWca_I/AAAAAAAAhtM/IQ71OjOmdGo/s640/6.jpg


Sunday, November 21, 2010

AKU DAN IPOH

saya dan ipoh ni banyak kenangan
orang kate tempat jatuh lg dikenang
apa lg tempat bersejarah bg saya ni

kata kak radhi, dia paling ingat kt ipoh a.k.a batu gajah atas 2 perkara
1) abg jual kopi kt pasar
2)nasi goreng ikan rebus

tp sy akan ingat ipoh ni atas sb cerite2 sedih sy di sini (xdelaa sedih sgt)

1st time sy dtg ipoh, saya datang dgn kakak
1st case dia kt ipoh
1st time sy masuk high court ipoh
besar jgk court dia
walau x jd lawyer, boleh jgk sampai tempat tu
x disangka sangka, sy terjumpa kwan lama kt ctu
mood = seronok

2nd time sy dtg ipoh, sy datang dgn kak zira
cancel g rumah kakak time tu sbb kakak terpaksa outstation
mula2 ala2 malu2 alah
tp seronok je kat sana
time ni laa sy mengalami satu pengalaman yg sgt baru
saya diragut!
takkan laa saya dapat lupakan peristiwa nih
saya dan ipoh
mood= sedih

kali ketiga saya datang ipoh pn sbb ikut kak zira
kali ini utk meghabiskan cuti raye sbb sy x dapat balik raye
kali ni memg sgt sadis
hari 1st datang saya telah demam dgn teruknye
nk bangun pn xde daya
kesian pada diri saya
bila dh sihat sikit, dikejutkan dengan pemergian ayah kak jie, kawan kak jira
cerite sedih lg menghantui saya di ipoh
apakah nasib saya dan ipoh?
namun sy tetap berjaya mengakhiri percutian saya di ipoh dgn melihat kak jira bwt semperit (xnk laa cerite sy tekan semperit x lawa)

banyak cerite sedih sy di ipoh
tp sy tetap x serik dtg ipoh
sy akan datang lg
sy nk g kenduri kawen bila org ipoh tu kawin
dia lak kate, sy ni nk berjodoh dgn org ipoh kot(jauh sgt laa)
nti sy akan rindu makcik puteri yg tgal di ipoh
walau x sempat nk ukur jalan di ipoh, sy tetap suka ipoh

Saturday, November 20, 2010

HAPPY BIRTHDAY

post ni untuk dua org yg istimewa dalam hidup saya

kepada kawan saya che ku sufiah che ku abdullah yang telah dilahirkan pada 20 nov n azira zainal abidin yang telah dilahirkan pada 21 nov (saya tak nak sebut tahun sebab taknak mereka rase penambahan usia tuh)
apa2pun selamat hari lahir awak berdua
moga Allah memberkati awak berdua seluruh hidup anda
terima kasih kerana bersama saya di saat saya amat memerlukan anda berdua
selamat hari lahir sekali lagi
tiada hadiah yg dapat saya berikan, cuma kasih sayang yang dapat saya hulurkan (sebenarnya xde duit, hahahaha )


Thursday, November 18, 2010

rayaku di perantauan


cm syahdu jek tajuk entry
hahahahahah
raye haji x sempat balik kamgpung
plus plus plus aku x sihat
ikut kak jira balik ipoh
x sangka lak i'll getting worse
nk keluar merayau pn x larat
malam g klinik
tu pn kak jira pujuk
hahahahahha
macam budak2
jumpa dr foo yg cweeet
suhu badan badan aku 39
doktor kata agak tinggi
huhuhuhuh
dh lama x demam betul2
masa ambik ubat, pembantu klinik tu pesan kt aku jgn makan nasi
aku tanye laa nape.
katenye nasi tu kn keras
bg tekak aku dh pulih bru leh makan
hmmmmmm
n this morning
ALHAMDULILLAH
i feel much better now
kak jiraaaaaaaaaaaaaaaa apa projek rini?????
bwk auntie princess pegi klinik lu
hehehehhe

Tuesday, November 16, 2010

FEVER + EXAM


hari ni semua pelajar kpli ambilan januari 2010 berjaya menduduki exam bg subjek ILMU PENDIDIKAN bagi kali kedua. aku pn sama, n akibatnye, aku x raye kt rumah laa raya haji tahun ni. kesian kt mak aku. sape laa nk tolong dia kemas rumah, masak, pasang langsir n everything? adk aku ckp td pn mak demam. hmmmm
mcm2 nk jd kn
hari ni aku exam bertemankan minyak cap kapak n vicks sponsored by kak jira
tgn x berhenti2 cuba menampung pengeluaran mukus, dgn kepala yg spining2 around the world
macam2 laaa
malam td lansung x study
terima kasih pada kak jira, nida, ana n niza yg membaca dikelilingku
huhuhuhuh dapatlaa aku absorb skit2
abis exam masuk dewan lak
dgr pembelaan diri oleh org2 ofis
adui boring

p/s : aku pn xtau apa aku tulis ni

Saturday, November 13, 2010

AKU BUKAN ANDALUSIA

firstly thanks to rakan blogger asilah kassim yg perihatin dgn pencarian saya akan puisi ini. terima kasih ye...
so saya nk kongsi dgn anda
indah puisinya walaupun simple
bagi yg x tahu, puisi ini disiarkan dalam drama erma fatima dalam aku bukan andalusia
andalusia bukan bermaksud anak dara lanjut usia
tapi sebuah peninggalan sejarah
saya pn xnk jd andalusia



AKU BUKAN ANDALUSIA

Aku bukan Andalusia
Yang masyur pada namanya
Yang hebat pada sejarahnya
Yang indah pada kisahnya
Namun yang tinggal kini hanya sisa

Aku bukan Andalusia
Yang bisa dirobek kotanya
Yang rela diperkosa jiwanya
Yang diam menerima takdirnya
Dan akhirnya hancur dimamah usia

Aku mahu jadi bintang yang bersinar terang
Walau beribu batu jauhnya
Walau beribu tahun wujudnya
Walau ada beribu lagi bintang disisinya

Namun akulah bintang yang paling bertuah
Kerana sinarku, wujudku dan hidupku
Adalah dari cahaya hatimu

Terimalah aku selamanya
Kerana aku bukan Andalusia

Friday, November 12, 2010

saya nk isteri saya seorang wanita bekerja

last week someone did came for merisik
ye laaa utk dijadikan isteri dia
kira cm telangkai laa
yg dtg tuh sedara aku jgk
nk dikenenkan dgn sedara dr "kb"
bru dtg nk tanye pn dh letak syarat
nk isteri yg bekerja
since bunga kt rumah aku ni dua2 keje, dia x kisah laa
aku duk pikir, klu x keje xnk laa?
dia pn keje yg ikut musim
pendek kate, klu byk rezeki dia time tuh, adalah rezeki
so it clearly showed that isteri yg bekerja sbg peti tunai dia laa
sesuka hati jek
bukan nk kedekut
tp belum kawen pn dh demand
klu dh kawen?
klu lepas kawen tiba2 xleh keje, nk diceraikan ke apa?

Thursday, November 11, 2010

THE FELLOWSHIP OF THE RING OR THE THREE MUSKETEERS


cik sayur kate, kami ni including cik sibur2 mcm "pelocip of the ring"
tapi saya x pernah tgk betul2 cerite nih
jadi saya xtau apa kisah yg sebetulnye
so bagi saya, kami lg sweet mcm the three musketeers
sbb kami memg bertiga
berjuang utk rakan2 yg lain

lg sweet bila sy bayangkan kami mcm barbie three musketeers nih
aduiiiii
dh jauh benar sy berangan
tapi apa yang kami buat utk rakan2 sampai terperasan berlebihan lak ni?
hehehehe
biarlah rahsia
tapi Alhamdulillah apa yang kami lakukan berhasil
dgn bantuan lecturer yang memahami masalah kami
masalah tu dapat diselesaikan
harap2 rakan2 berbahagia dgn hasilnya nanti

dalam melalui proses mendapatkan hak kami itu
banyak yang kami pelajari
betapa ada pegawai yang x sukakan kami n x berminat pn nk tlg student mcm kami
betapa sistem ikut kepala sendiri diamalkan sesetengah org
betapa org yg mengaku bijak pandai tp selalu bagi alasan mcm H*R*M
betapa tolak menolak dlm kebertanggungjawaban
betapa ketidakcaknaan sesetengah pihak sangat menyusahkan orang lain
dan yang paling penting~BETAPA KASIH SEORANG PENSYARAH KEPADA STUDENT SANGGUP MEMBANTU KAMI MENDAPATKAN HAK KAMI, THANK YOU SIR

p/s : to cik sibur-sibur n cik sayur, sy buat simple entry jek sbb tak tahu cmne nk tulis. tp anda faham dan saya pn faham...

perjuangan yg terpaksa diteruskan

aim aku lepas 10 nov ialah menulis tentang the pelocip of da cincin
however aku terpaksa kiv dlu
sebab ada sesuatu yg perlu aku luahkan dulu
sangat mendalam rasa dalam hatiku ini
klu rakan2 seperjuangan, mesti boleh agak
yeee
it is all about
I.L.M.U P.E.N.D.I.D.I.K.A.N
KPLI Jan 2010 ni banyak fenomena nye
n part paling best, kami kena resit paper tuh
alasan? soalan bocor
pada yang study gila2 paper bocor tuh
mungkin lah fair utk dia terpaksa duduk balik paper tuh
tp bagi yg x kisahkan paper tu atau lansung x dapat cmne lak?
apa yg aku leh cakap as student, we're going to do anything to get the best for the subject
tapi bila ada soalan bocor yg bukan setakat 1 2 soalan but the whole paper?
di mana tanggungjawab org berkenaan?
a complete set???
apapun aku terpaksa kembali ke penang untuk menduduki exam tu balik
16 NOVEMBER 2010
doakan agar kami dapat lakukan yang terbaik
we need to do the best

p/s : maafkan along sebab x dapat raya dgn mak dan adik2 tahun ni... :-(

Saturday, November 6, 2010

rasminye surat ini

gambar sekadar hiasan sahaja

cik teruterubozu a.k.a patunghujan
once in a blue moon
here and there
where i belong

_________________________________________________
incik driver bas
syarikat bas angkut-angkut
seluruh negeri
malaysia negara terchenta 6 NOVEMBER 2010

KESELAMATAN SAYA DI TANGAN INCIK

perkara di atas amatlah dirujuk dan diambil berat

incik,
saya amat menaruh harapan yang amat tinggi terhadap incik. pada incik saya pertaruhkan nyawa saya. ibu bapa saya, keluarga saya, pakwe2 saya, bakal suami saya (tengah mencari lagi ), bakal mentua saya (tak jumpa lagi anak dia ), kawan2 saya juga mempertaruhkan nyawa dan keselamatan saya dia tangan incik. oleh itu perkara-perkara yang seterusnya hendaklah incik pertimbangkan setimbang-timbang taranye.

2) incik, tolonglah jangan isap rokok terlalu banyak semasa memandu. saya tahu bila incik isap rokok, ia boleh buat incik kurang mengantuk. tapi incik, tak kan laa sepanjang perjalanan yang SEPULUH JAM tuh? incik tahu tak, asap rokok tu membahayakan saya dan juga orang lain di dalam bas tu, kerana asap roko incik tu saya boleh ditimpa pelbagai penyakit. saya tahu tu hak incik, saya tak marah incik hisap rokok, tapi bukan di dalam bas ber air-cond dan sempit yang mana tertutup. asap rokok tu nak tak nak kami para penumpang terpaksa sedut. incik, apa gunanya incik tampal "DILARANG MEROKOK" kt depan tu kalau incik sendiri pn x hirau?
ingatlah incik, nyawa saya di tangan incik

3) incik, tolonglah pastikan bas tu dalam keadaan elok sebelum bertolak. jadi tak perlulah di tengah perjalanan kami terpaksa angkut beg kami yang sangat berat itu dan tukar bas. naik otot kat lengan lembut saya ni sebab asyik kena angkut beg2 yang berat itu. tapi itu xdelah teruk sangat. tapi cuba bayangkan yang lebih teruk lagi. saya taknak nama saya disenaraikan dalam statistik sebagai mangsa kemalangan di malaysia. saya TAK NAK!!!!
ingatlah incik, nyawa saya di tangan incik

4) incik tahu tak, kt stesen minyak incik TAK DIBENARKAN hisap rokok? kalu ditangkap dendanya mandatori RM10 000. incik ada ke duit banyak tu nk bayar? tapi nasib baik incik tak didenda kan? incik terfikir tak kenapa sesiapapun tak dibenarkan hisap rokok kt stesen minyak? sebabnye, stesen minyak adalah satu tempat yang sangat mudah terbakar. kan stesen minyak adalah tempat menjual bahan api? saya rase macam nak tercabut jantung tgk incik isi minyak sambil isap rokok. kebetulan seat saya atas tangki minyak tu. mujur kawan saya kata, diesel tak mudah terbakar, hmmmmm. tapi incik, kalaulah di atas simen tu ada saki baki petrol yang tertumpah, apa akan jadi bila puntung rokok incik jatuh atas simen tuh? incik, saya taknak nama saya terpampang di dada akhbar sebagai mangsa yang rentung di stesen minyak.
ingatlah incik, nyawa saya di tangan inicik

5) yang paling akhir incik, pandulah secara berhemah bukan secara berbahaya. kerana bukan setakat ibu bapa saya, keluarga saya, pakwe2 saya, bakal suami saya (tengah mencari lagi ), bakal mentua saya (tak jumpa lagi anak dia ), kawan2 saya sahaja mengharapkan saya selamat sampai ke destinasi, tapi orang2 yang menyayangi incik juga mengharapkan sebegitu kan?
ingatlah incik, nyawa saya di tangan incik

incik, walaupun Allah yang menentukan ajal saya, tapi usaha incik untuk menjaga keselamatan saya juga merupakan sebahagian dari usaha menyelamatkan saya.
ingatlah incik, nyawa saya juga sebahagian tanggungjawab incik sebagai penumpang incik.

sekian terima kasih

yang benar,
teruterubozu
( cik teruterubozu a.k.a patunghujan )

Wednesday, November 3, 2010

HOME SWEET HOME


x tahu sy nk gambarkan betapa gumbira dan damainya hati saya berada di rumah
walaupun telinga ni xkan lepas dr hikuk pikuk adik2 n bebudak kt sekitar rumah ni
suara mummy ku membebeli anak2nye
tp sy rase tersangatlaah tenang

thats why i call this place as HOME!

Monday, November 1, 2010

1ST DAY EXAM???

hri ni 1st day exam
komen?
jawab ikut apa yg nk tulis
apa yg dh dijawab x penting dh
benda dh lepas
sy dpt seat paling depan,
jd sy xkan terganggu tgk aktiviti org lain yg berada disekeliling sy
xyah tgk org duk psst pssst psst cri jawapan
sy cuma hadap kertas jawapan sy dan muka org yg jaga exam
heheheehhe
yg paling lawak rini kertas soalan hri ni
arahan kt luar kertas soalan lain
arahan kt dalam lak lain
yg nk jawab pening
apalah gunanye bahagian yg jaga kualiti soalan tuh
kesilapan yg silly laa org kate
harap yg esk xde yg ngeks begitu...

tiba2 teringat kt kawan yg dtg lewat td
kami semua rase risau
kami memulakan langkah di sini bersama2
kami mahu dia juga menamatkan perjalanan ini bersama2
alhamdulillah
dia sempat sampai utk bersama2 kami

panaskan balik enjin
nk bertolak tuk kertas esk lak
wish me da best of luck