Kebelakangan ini asyik terdengar cerita teman2 rapat mengenai keguguran yang mereka alami. Agak menyedihkan, namun belum sampai masanya. Semalam saya terbaca satu ruangan dalam majalah Harmoni keluaran 15 Mac 2011 yang dikelolakan oleh Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood. Dalam ruangan tersebut, beliau telah member sepotong doa amalan untuk menghindari keguguran. Oleh itu, kepada anda yang sedang mengandung baru atau lama, sila lah amalkan ayat2 tersebut. Moga Allah melindungi nyawa di dalam tubuh anda itu dari keguguran. Walau bagaimanapun, kita hanya berusaha dan Allah menentukan segalanya.
Ini petikan dari ruangan tersebut ;
Barang siapa membaca tiga ayat terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang sedang mengandung. insyaAllah dengan izin Allah anak dalam kandungannya akan terselamat dari keguguran. Dengan itu, bacalah ayat 97 hingga 99 dari surah Al-Hijr. Ayat itu bermaksud,
“dan kami sesungguhnya mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu antara orang-orang yang bersujud dan sembahlah Tuhanmu sehingga dating kepadamu yang diyakini ( ajal ) “
Selamat beramal dan mencuba
Love and faith,
Cik patunghujan
1 comment:
fae... sangat berguna dan sangat menghargai info ini. thanks yea!
Post a Comment