Saturday, November 6, 2010

rasminye surat ini

gambar sekadar hiasan sahaja

cik teruterubozu a.k.a patunghujan
once in a blue moon
here and there
where i belong

_________________________________________________
incik driver bas
syarikat bas angkut-angkut
seluruh negeri
malaysia negara terchenta 6 NOVEMBER 2010

KESELAMATAN SAYA DI TANGAN INCIK

perkara di atas amatlah dirujuk dan diambil berat

incik,
saya amat menaruh harapan yang amat tinggi terhadap incik. pada incik saya pertaruhkan nyawa saya. ibu bapa saya, keluarga saya, pakwe2 saya, bakal suami saya (tengah mencari lagi ), bakal mentua saya (tak jumpa lagi anak dia ), kawan2 saya juga mempertaruhkan nyawa dan keselamatan saya dia tangan incik. oleh itu perkara-perkara yang seterusnya hendaklah incik pertimbangkan setimbang-timbang taranye.

2) incik, tolonglah jangan isap rokok terlalu banyak semasa memandu. saya tahu bila incik isap rokok, ia boleh buat incik kurang mengantuk. tapi incik, tak kan laa sepanjang perjalanan yang SEPULUH JAM tuh? incik tahu tak, asap rokok tu membahayakan saya dan juga orang lain di dalam bas tu, kerana asap roko incik tu saya boleh ditimpa pelbagai penyakit. saya tahu tu hak incik, saya tak marah incik hisap rokok, tapi bukan di dalam bas ber air-cond dan sempit yang mana tertutup. asap rokok tu nak tak nak kami para penumpang terpaksa sedut. incik, apa gunanya incik tampal "DILARANG MEROKOK" kt depan tu kalau incik sendiri pn x hirau?
ingatlah incik, nyawa saya di tangan incik

3) incik, tolonglah pastikan bas tu dalam keadaan elok sebelum bertolak. jadi tak perlulah di tengah perjalanan kami terpaksa angkut beg kami yang sangat berat itu dan tukar bas. naik otot kat lengan lembut saya ni sebab asyik kena angkut beg2 yang berat itu. tapi itu xdelah teruk sangat. tapi cuba bayangkan yang lebih teruk lagi. saya taknak nama saya disenaraikan dalam statistik sebagai mangsa kemalangan di malaysia. saya TAK NAK!!!!
ingatlah incik, nyawa saya di tangan incik

4) incik tahu tak, kt stesen minyak incik TAK DIBENARKAN hisap rokok? kalu ditangkap dendanya mandatori RM10 000. incik ada ke duit banyak tu nk bayar? tapi nasib baik incik tak didenda kan? incik terfikir tak kenapa sesiapapun tak dibenarkan hisap rokok kt stesen minyak? sebabnye, stesen minyak adalah satu tempat yang sangat mudah terbakar. kan stesen minyak adalah tempat menjual bahan api? saya rase macam nak tercabut jantung tgk incik isi minyak sambil isap rokok. kebetulan seat saya atas tangki minyak tu. mujur kawan saya kata, diesel tak mudah terbakar, hmmmmm. tapi incik, kalaulah di atas simen tu ada saki baki petrol yang tertumpah, apa akan jadi bila puntung rokok incik jatuh atas simen tuh? incik, saya taknak nama saya terpampang di dada akhbar sebagai mangsa yang rentung di stesen minyak.
ingatlah incik, nyawa saya di tangan inicik

5) yang paling akhir incik, pandulah secara berhemah bukan secara berbahaya. kerana bukan setakat ibu bapa saya, keluarga saya, pakwe2 saya, bakal suami saya (tengah mencari lagi ), bakal mentua saya (tak jumpa lagi anak dia ), kawan2 saya sahaja mengharapkan saya selamat sampai ke destinasi, tapi orang2 yang menyayangi incik juga mengharapkan sebegitu kan?
ingatlah incik, nyawa saya di tangan incik

incik, walaupun Allah yang menentukan ajal saya, tapi usaha incik untuk menjaga keselamatan saya juga merupakan sebahagian dari usaha menyelamatkan saya.
ingatlah incik, nyawa saya juga sebahagian tanggungjawab incik sebagai penumpang incik.

sekian terima kasih

yang benar,
teruterubozu
( cik teruterubozu a.k.a patunghujan )

4 comments:

AxraZa said...

mana tau, bakal pak we sy pong dlm bas dr ganuu..kan? iskhhh

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

tahu xpe...
nasib baik semua penumpang selamat sampai

- zuriey - said...

wah rajin dia buat surat..kena pos kan surat ni

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

sila2 pos surat ni kt drebar2 bas tuh! sy telah menulis surat ini ekoran kekecewaan saya terhadap mereka