Saturday, November 13, 2010

AKU BUKAN ANDALUSIA

firstly thanks to rakan blogger asilah kassim yg perihatin dgn pencarian saya akan puisi ini. terima kasih ye...
so saya nk kongsi dgn anda
indah puisinya walaupun simple
bagi yg x tahu, puisi ini disiarkan dalam drama erma fatima dalam aku bukan andalusia
andalusia bukan bermaksud anak dara lanjut usia
tapi sebuah peninggalan sejarah
saya pn xnk jd andalusia



AKU BUKAN ANDALUSIA

Aku bukan Andalusia
Yang masyur pada namanya
Yang hebat pada sejarahnya
Yang indah pada kisahnya
Namun yang tinggal kini hanya sisa

Aku bukan Andalusia
Yang bisa dirobek kotanya
Yang rela diperkosa jiwanya
Yang diam menerima takdirnya
Dan akhirnya hancur dimamah usia

Aku mahu jadi bintang yang bersinar terang
Walau beribu batu jauhnya
Walau beribu tahun wujudnya
Walau ada beribu lagi bintang disisinya

Namun akulah bintang yang paling bertuah
Kerana sinarku, wujudku dan hidupku
Adalah dari cahaya hatimu

Terimalah aku selamanya
Kerana aku bukan Andalusia