Sunday, October 10, 2010

JANGAN BERDUKACITA JIKA DIKRITIK ATAU DICERCA


LA TAHZAN M/S 125-128
sesungguhnya kesabaran anda menghadapi kritikan dan cercaan itu sentiasa diambil kira, dan anda beroleh ganjaran yang setimpal. Dan kritikan mereka itu, pada dasarnya petanda bahawa anda mempunyai harga dan darjat. kerana manusia tidak akan menendang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan kena sasaran pendengki. dengan kata lain, jikalau kritikan yang anda terima semakin pedas maka semakin tinggi pula harga anda.

perhatikan madah pujangga ini :
nescaya terhadap orang-orang yang mulia itu selalu ada yang mendengki dan tidak akan engkau temui orang-orang yang hina itu di dengki

zuhair berkata :
mereka selalu didengki kerana nikmat yang mereka punyai padahal Allah tidak akan mengambil apa yang mereka dengkikan itu

******************************
ketahuilah bahawa anda tidak akan dapat mendiamkan mulut manusia supaya tidak melakukan penghinaan terhadap kehormatan anda. walaupun begitu, anda masih terus boleh berbuat baik dan menghindari kata-kata dan kritikan mereka.

seorang pujangga bermadah:
aku berjumpa dengan orang bodoh yang mencelaku. kutinggalkan ia sambil berkata : "aku tidak peduli"

pujangga lain bermadah :
jika orang bodoh bercakap, janganlah engkau menjawabnya sebab sebaik-baik jawapan adalah diam seribu bahasa

terdapat beberapa perkara yang perlu anda renungkan:
~jangan sekali-kali membalas cercaan atau cemuhan yang melukai hati anda. kerana kesabaranmu dalam menghadapi semua itulah yang dengan sendirinya akan menguburkan semua kehinaan. kesabaran adalah penyebab kemuliaan, diam adalah penyebab kekuatan untuk mengalahkan musuh, dan memaafkan adalah penyebab dan tangga untuk mencapai pahala dan kemuliaan.

~rumah yang sentiasa tenteram meskipun hanya ada sepotong roti didalamnya , adalah , adalah lebih baik daripada rumah yang penih dengan makanan tetaoi tidak pernah lekang dari pergaduhan dan sumpah seranah.

**************

sebahagian dari apa yang aku baca dr buku yang di atas...
muhasabah utk diri sendiri dan teman2 yang ingin mengambil iktibar....

3 comments:

AxraZa said...

saya sangat suka post ini. dan saya sangat suka awak! hahaha

AzRin Kamaludin said...

betul!
stuju dengan kamu..
diam adalah senjata paling tajam utk melawn mereka2 itu!

velasrizal said...

mmg bermakna sungguh kata2 ni ..

Promosi Blog Di Facebook Orang Lain ?