Saturday, July 28, 2012

Supper


I got new habit lately. Supper. Tea Tarik, spagheti, mee bandung, roti canai, etc late at night. Goshh !

p/s: pada yg duk sibuk2 promote suruh sy minum n makan itu ini nk suruh reduce berat badan tu, sorry laa ye, not intrested. Xyah sibuk2 tag nama saya kt post2 anda tu.

Love and faith
J Cik Patung J

RAMADAN KALI INI

Genap seminggu bersama Ramadan. Alhadulillah Allah memberikan kekuatan utk saya mengharunginya. Belum terlambat kiranya saya mengucapkan salam Ramadan buat semua rakan di luar sana. Semoga bulan ini dapat dipenuhi dgn amal ibadat...

My first days of Ramadan this year was perfect for me. My first sahur, buka puasa and terawih was at my hometown, perfect. Enough to give me feeling and temptation to complete my Ramadan. Awal Ramadan memg sgt penting bagi saya. Semestinya dapat bersama keluarga adalah terbaik bagi saya. So bila hari2 mendatang di Kota Warisan ni saya buka puasa sorang2 pn dh tak kisah.(memg bukak pose sorg2 pn). Hari pertama puasa, kesemua adik beradik saya berada di rumah. So, sgt seronok berbuka puasa ramai2. Penuh meja, dgn hidangan yg pelbagai.fuhhhh sgt seronok. Lepas berbuka, pakat2 nk g semayang lak. Rindunya masa tu (mode sedih lak sbb sorg2 kt cni,xde org nk berebut).

Bulan Ramadan ni juga membawa kerinduan saya pada orang2 yang telah tiada namun sgt dekat di hati...
Tahun lepas, ‘chenta hati’ dikejutkan dgn pemergian ayahanda sehari sebelum puasa. Pastinya bukan mudah utk dia dan keluarganya.

ayah teh


Tahun ni saya kehilangan orang yg dekat di hati saya. Perasaan bersalah masih menghantui saya kerana tidak dapat pulang pada hari pemergiaannya. Ayah teh, along doakan ayah teh damai di sana. Ayah teh sgt baik orgnye. Byk membantu keluarga saya. Arwah paling suka makan, bagi lah apa saja, klu kena dgn seleranya, mesti dia akan request lg. Biasanya kami akan pilih 1 hari utk keluarga kami berbuka bersama. Duit ayah teh sponsor, tukang masak, ayah saya laa. Tahun ni xde dh laa. Rindu ayah teh.
Takziah juga kpd keluarga sepupu saya abg mad di atas pemergian putera bongsunya beberapa hari yg lalu. Selepas beberapa minggu dlm keadaan tenat, akhirnya Allah telah menjemputnya. Mohd hassan a.k.a ramagos, damailah adik di sana. Pasti dia akan menunggu ibu bapanya di syurga, InsyaAllah...

Sayu pulak rasa hati nih. Emo jap...

Apapun, saya harap Ramadan saya kali ni lebih baik dari ramadan saya sebelum ni....

Love and faith
|Cik Patung|


Thursday, July 19, 2012

1 SETIA 2012



Dah hampir 7 bulan jadi ‘ibu’ pada budak2 ni.macam2 ragam dan perangai diorang yang saya dh hafal. Whatever it is, sy sgt suka masuk kelas ni berbanding dgn 2 kelas saya yang lain. Klu nk lepas stress pun kt kelas ni laa.lepas stress tu bukan bermaksud saya marah ye, sebab saya sayyyyyang sgt kt budak2 musyuk ni (musyuk sbb bru lepas senamrobik <3 )...

Kelas ni ada 39 org murid, 21 lelaki 18 perempuan. Setiap seorang perangainye mcm2. Masa mula2 jaga diorang dulu agak risau jgk. Tp skrg, sy dh x kisah pn. Mana yang nakal, mana yg baik, mana yg ada emas dalam mulut, mana yg sgt comel senyumannya, mana yg manja, mana yg brutal, mana yg attention seeker, mana yg mcm2 lg. Tp mcm mana pn perangai mereka, semuaaaaaaaaa saya sayaaaaaaang sama jek. Mana blh pilih kasih kn? Tak baik.

Dalam gambar di atas ada 38 org aje. Sorang x datang, si danish. Tak sihat hari tu.yang lain semua dtg utk senamrobik 1 Malaysia. Semangat betul diorg, cikgu dia? Hangit aje. Hehehehe
Wajah diorang ni dulu selalu aje sy tertukar.
Adam firdauz dgn iman haris
Sara sofea dgn puteri aleya
Azizul dgn irsyad
Nabilah syahirah dgn nik kaseh darwisya
Skrg ni xde tertukar dh, siap hafal nama penuh lg.hehehhehe.

Ada beberapa bulan lagi baki masa bersama. Lepas ni. I’m going to miss all of you soooooo mucchhhhh. Take care all my dearest...

Love and Faith
|cik patunghujan a.k.a teacher norfaaa |


Sunday, July 15, 2012

JANGAN CARI PENYAKIT



As a single lady n berjumpa dgn orang yg pelbagai membuatkan sentiasa berhati2. At the age of late 20s and single doesn’t mean I’ll simply choose just whoever to end my bachelor life. Baru2 ni saya terjumpa a married man yg quite attractive.xde apapun.kawan2 baru ni, rasa selesa berkawan,kawan borak je pn. So as result, berjela2 laa nasihat dr kawan2 saya walaupun puas sy ckp sy dgn dia xde apa2 pn. Apapun terima kasih ye.
Suami org definitely not my choice, perhaps! Lagipun hati saya ni masih nk setia pada inchek H.
Apapun meh cek apa org ckp tentang why u should not choose someone’s husband :

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
 6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

p/s: pakcik memg rock, u r my fren. i loike
Semoga Allah sentiasa melindungi saya. Aamin

Ketuk-ketuk
{cik patung{

LOVE AND DETERMINATION



Baru-baru ni ter’berborak dgn my good friends tentang jodoh dan cinta. Mula2 duk borak pasal my younger sister yg dh bertunang n mungkin kawen tahun depan. My parent sudah tentulaa mula risau dgn anak sulung dia yg x berpunye lg ni...

Berbalik pada kawan saya, saya sgt laa tertarik pada kesungguhan suaminye untuk mendapatkan dia. Pada umur 18 tahun, dia dh decide nk jadikan kawan saya sbg isteri dia. Bukan sekadar usha suka2 mcm budak2 lelaki lain. Dia sanggup pegi jumpa mak kwn sy utk mintak kebenaran utk berkawan dgn kwn sy. Bagi  saya tindakan tu memerlukan determination dan keberanian. Umur baru 18 tp dh berani jumpa parent mintak nk kawan dgn anak dara dia. Malah ianya bukan terhenti di situ sahaja, he did anything he could to ensure that he will be able to give a good life to my friend. Ambil sijil2 kemahiran, n last sekali join polis utk pastikan dia akan mampu menyara kawan saya bila dh kawin. Ada org fikir benda ni mcm biasa saje, tp bg saya, it means a lot.usia yg terlalu muda untuk membuat 1 keputusan serius untuk bersama seseorang. Sorry to say, some of us umur dh lewat pn masih belum berani nk buat mcm tu. With that determination, alhamdulillah Allah dh beri kebahagiaan pada dia.

Satu lg cerita ttg my dearest kakak. Juga tentang kesungguhan suami dia utk mendapatkan dia. Bila dh kawin pn masih lg sabar dgn ujian2 yg dtg.akhirnya, kini mereka masih bahagia. Cemburu melihat sikap romantis mereka.

Kisah dua lelaki yg bersungguh-sungguh untuk mendapatkan org yg mereka cintai, bukan sekadar berserah kepada takdir.

Pesan mereka berdua ini pada saya, pilihlaa org yg menyayangi saya, bukannya org yg saya sayangi krn mereka lebih pandai menghargai. Dan jawapan saya, siapapun bakal saya bakal kahwini, saya akan menyayangi dia sepenuh hati. Samada dia memberi yg sama atau tidak, sy berserah pada DIA. Moga Allah akan memberikan kesabaran pada saya.apapun,hingga kini saya masih mengharapkan ‘dia’ yg menyunting saya. Namun jodoh itu cepat dan lambat adalah ketentuan DIA. Saya menerima seadanya siapa jua pasangan saya kerana saya percaya ALLAH itu Maha Adil.
Kepada bakal Imam saya, saya setia menunggu awak untuk melengkap hidup saya.

Ketuk-ketuk
{cik patung{