Sunday, November 20, 2011

MC ANNUAL DINNER?

Baru-baru ni saya telah diminta untuk menjadi MC utk acara makan malam tahunan sekolah saya. Sangat laa rasa takut. Mana laa pernah saya jd MC untuk majlis yang ramai org, setakat depan budak2 boleh laaa. Tp selepas menggugel, tgk contoh2, dapatlaa saya buat teks separuh majlis. Knp separuh majlis?sbbnye yg the rest tuh majlis yg less formal, acara main2 n makan2, mana leh formal kn. Nk tahu cmne hasil karangan saya yang tak pernah dapat A tuh? Ini laa dia...

Melati kuntum tumbuh melata

Sayang merbah di pohon cemara

Assalamualaikum mulanya kata

Saya sembah pembuka bicara.

Yang berusaha, Puan Hajjah Rohaidah Mohd Ali, guru besar SK kota Warisan,

Yang berusaha, YDP PIBG Sk Kota Warisan, Dr Norizhar bin Kadarman,

Yang dihormati Naib YDP PIBG SK Kota Warisan, Dr Irwan bin Mohd Subri,

Barisan penyumbang yang bermurah hati menyalurkan sumbangan,

Tidak dilupakan barisan rakan guru dan kakitangan Sk Kota Warisan dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini bagi meraikan kecemerlangan seluruh warga Sk Kota Warisan pada tahun ini.

Kalau pergi tanjung Keramat

Anak manis jangan diangkat

Bersama kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat

Maka untuk memberkati lagi majlis kita, dipersilakan Al Fadil Ustaz Zulkifli bin Ab Llah untuk membacakan doa, dipersilakan.

Majlis mengucapkan Terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zulkifli Ab Llah atas bacaan doa itu tadi.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan malam ini kita mulakan dengan ucapan dari Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKKW Puan Roszila bt Balia untuk memberikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih Puan Roszila

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SK Kota Warisan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.............................................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Kini, tiba saat-saat yang dinantikan

Kalau tuan pikat cemara

Buatlah bara bakar selasih

Sudilah tuan jamu selera

Hidangan mesra pengikat kasih


Sungguh indah bunga kemboja

Dibawah atap tepi halaman

Juadah sudah letak di meja

Sudilah santap tuan budiman

Sekali lagi dipersilakan Al Fadil Ustaz Zulkifli bin Ab Llah untuk mengetuai bacaan doa makan.

Terima kasih.

Dipersilakan para hadirin untuk menjamu selera

Macam mana, ok tak? Masa awal2 tuh rase nk tercabut jantung, gugup sih, lepas tu dh ok dh...

Sekian saje entry yg entah ke brapa utk hari ni...

Cik patung nk g isi perut lak.

No comments: