keputusan UPSR 2011 baru sahaja keluar beberapa hari yang lalu. ada yang suka, ada yang duka. bagi anak2 murid yg berjaya dapat 5A, tahniah tice ucapkan, especially to my dearest mentee syuhada.
sasaran sekolah tak berapa tercapai tahun ni, kami kena berusaha lebih gigih tahun ni.namun, berapa A pun yg anda dapat, itu adalah hasil usaha anda selama ni. bagi yang tak bernasib baik, jangan lah bermuram durja krn UPSR hanya 1st step. SPM masih lagi menanti anda dalam masa 5 tahun lagi, waktu tu, klu masih lagi bermain2 dan tak buat persediaan dengan rapi, jangan laa menangis air mata darah kalau keputusan anda tidak memberansangkan.
and again to my beloved state, Terengganu, congratz since you are still the best.
walaupun ada mulut2 yg tak senang melemparkan tuduhan yang pelbagai, tp saya tetap percaya kebolehan anak didik di terengganu. mereka memg tetap akan mampu tanpa soalan bocor (itulaa yg org lain tuduh, terengganu selalu dpt tempat teratas sbb cikgu2 bg soalan bocor. sesuka hati jek)
cikgu-cikgu kt cni memberi komitmen yang sgt tinggi untuk memastikan kejayaan anak2 terengganu. seingat saya, usaha konsisten ni dh berlanjutan dh lama, masa sy darjah 6 tahun 1996 pn usaha tu dh berjalan. contohnye :
~tekan tubi bermula dari awal tahun
~kelas tambahan petang 4 hari seminggu
~kelas tambahan 2 kali sabtu setiap bulan
~kelas tambahan malam 3 malam setiap minggu
~setiap kali cuti sekolah, 5 hari yg pertama akan diambil untuk kelas tambahan, 1 hari penumpuan setiap subjek.
~setiap bulan murid2 akan diberi set2 soalan utk dijawab. samada dari negeri2 lain atau past year questions. sekolah2 xde nk berkira duit fotostat or nk riso kertas soalan ni semua, tak kira laa dlm kegawatan ekonomi pn.ada sekolah sgt berkira tentang penggunaan kertas n pencetakan, takut membazir. as solution guna buku kerja, buku kerja mana cukup.
~ada sesetengah sekolah, setiap minggu buat solat hajat
~kem2 kecemerlangan peperiksaan
~bengkel menjawab peperiksaan
~kt sekolah saya belajar dulu, SK Sura Dungun, sesi tekan tubi bermula dari tahun 5. selesai jek budak tahun 6 exam UPSR, cikgu2 akan mula menumpukan perhatian kepada murid2 tahun 5.
semuanya bermula dr awal. jadi xde lah last minute bru nk buat itu ini. tekanan pun xde datang secara sekaligus, secara berkala, so dapatlaa absorb the stress. ini adalah apa yang aku alami 15 tahun yg lalu, sudah pastinye teknik terengganu sekarang lebih baik dr waktu aku dulu. so, says who murid kt terengganu bergantung pada soalan bocor????
cik patunghujan agak emo berkenaan isu ini. jangan kerana nila setitik(sekolah yg bg soalan bocor) habis rosak susu sebelanga (sekolah yg berusaha keras utk dptkan kejayaan).
apapun, all the best to all of you
No comments:
Post a Comment