Sunday, November 20, 2011

MC ANNUAL DINNER?

Baru-baru ni saya telah diminta untuk menjadi MC utk acara makan malam tahunan sekolah saya. Sangat laa rasa takut. Mana laa pernah saya jd MC untuk majlis yang ramai org, setakat depan budak2 boleh laaa. Tp selepas menggugel, tgk contoh2, dapatlaa saya buat teks separuh majlis. Knp separuh majlis?sbbnye yg the rest tuh majlis yg less formal, acara main2 n makan2, mana leh formal kn. Nk tahu cmne hasil karangan saya yang tak pernah dapat A tuh? Ini laa dia...

Melati kuntum tumbuh melata

Sayang merbah di pohon cemara

Assalamualaikum mulanya kata

Saya sembah pembuka bicara.

Yang berusaha, Puan Hajjah Rohaidah Mohd Ali, guru besar SK kota Warisan,

Yang berusaha, YDP PIBG Sk Kota Warisan, Dr Norizhar bin Kadarman,

Yang dihormati Naib YDP PIBG SK Kota Warisan, Dr Irwan bin Mohd Subri,

Barisan penyumbang yang bermurah hati menyalurkan sumbangan,

Tidak dilupakan barisan rakan guru dan kakitangan Sk Kota Warisan dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini bagi meraikan kecemerlangan seluruh warga Sk Kota Warisan pada tahun ini.

Kalau pergi tanjung Keramat

Anak manis jangan diangkat

Bersama kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat

Maka untuk memberkati lagi majlis kita, dipersilakan Al Fadil Ustaz Zulkifli bin Ab Llah untuk membacakan doa, dipersilakan.

Majlis mengucapkan Terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zulkifli Ab Llah atas bacaan doa itu tadi.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan malam ini kita mulakan dengan ucapan dari Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKKW Puan Roszila bt Balia untuk memberikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih Puan Roszila

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SK Kota Warisan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.............................................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Kini, tiba saat-saat yang dinantikan

Kalau tuan pikat cemara

Buatlah bara bakar selasih

Sudilah tuan jamu selera

Hidangan mesra pengikat kasih


Sungguh indah bunga kemboja

Dibawah atap tepi halaman

Juadah sudah letak di meja

Sudilah santap tuan budiman

Sekali lagi dipersilakan Al Fadil Ustaz Zulkifli bin Ab Llah untuk mengetuai bacaan doa makan.

Terima kasih.

Dipersilakan para hadirin untuk menjamu selera

Macam mana, ok tak? Masa awal2 tuh rase nk tercabut jantung, gugup sih, lepas tu dh ok dh...

Sekian saje entry yg entah ke brapa utk hari ni...

Cik patung nk g isi perut lak.

congratz to all UPSR candidates 2011

keputusan UPSR 2011 baru sahaja keluar beberapa hari yang lalu. ada yang suka, ada yang duka. bagi anak2 murid yg berjaya dapat 5A, tahniah tice ucapkan, especially to my dearest mentee syuhada.
sasaran sekolah tak berapa tercapai tahun ni, kami kena berusaha lebih gigih tahun ni.namun, berapa A pun yg anda dapat, itu adalah hasil usaha anda selama ni. bagi yang tak bernasib baik, jangan lah bermuram durja krn UPSR hanya 1st step. SPM masih lagi menanti anda dalam masa 5 tahun lagi, waktu tu, klu masih lagi bermain2 dan tak buat persediaan dengan rapi, jangan laa menangis air mata darah kalau keputusan anda tidak memberansangkan.



and again to my beloved state, Terengganu, congratz since you are still the best.
walaupun ada mulut2 yg tak senang melemparkan tuduhan yang pelbagai, tp saya tetap percaya kebolehan anak didik di terengganu. mereka memg tetap akan mampu tanpa soalan bocor (itulaa yg org lain tuduh, terengganu selalu dpt tempat teratas sbb cikgu2 bg soalan bocor. sesuka hati jek)
cikgu-cikgu kt cni memberi komitmen yang sgt tinggi untuk memastikan kejayaan anak2 terengganu. seingat saya, usaha konsisten ni dh berlanjutan dh lama, masa sy darjah 6 tahun 1996 pn usaha tu dh berjalan. contohnye :
~tekan tubi bermula dari awal tahun
~kelas tambahan petang 4 hari seminggu
~kelas tambahan 2 kali sabtu setiap bulan
~kelas tambahan malam 3 malam setiap minggu
~setiap kali cuti sekolah, 5 hari yg pertama akan diambil untuk kelas tambahan, 1 hari penumpuan setiap subjek.
~setiap bulan murid2 akan diberi set2 soalan utk dijawab. samada dari negeri2 lain atau past year questions. sekolah2 xde nk berkira duit fotostat or nk riso kertas soalan ni semua, tak kira laa dlm kegawatan ekonomi pn.ada sekolah sgt berkira tentang penggunaan kertas n pencetakan, takut membazir. as solution guna buku kerja, buku kerja mana cukup.
~ada sesetengah sekolah, setiap minggu buat solat hajat
~kem2 kecemerlangan peperiksaan
~bengkel menjawab peperiksaan
~kt sekolah saya belajar dulu, SK Sura Dungun, sesi tekan tubi bermula dari tahun 5. selesai jek budak tahun 6 exam UPSR, cikgu2 akan mula menumpukan perhatian kepada murid2 tahun 5.

semuanya bermula dr awal. jadi xde lah last minute bru nk buat itu ini. tekanan pun xde datang secara sekaligus, secara berkala, so dapatlaa absorb the stress. ini adalah apa yang aku alami 15 tahun yg lalu, sudah pastinye teknik terengganu sekarang lebih baik dr waktu aku dulu. so, says who murid kt terengganu bergantung pada soalan bocor????

cik patunghujan agak emo berkenaan isu ini. jangan kerana nila setitik(sekolah yg bg soalan bocor) habis rosak susu sebelanga (sekolah yg berusaha keras utk dptkan kejayaan).

apapun, all the best to all of you

BILA HARI HUJAN DAN SEORANG SAYA

Bangun pagi ni, rasa sejuk dh mencengkam tulang

I guess, confirm hari nk hujan

Surely after that hujan turun mencurah-curah

Untuk sesetengah orang, hujan ni bukan sesuatu yang menggembirakan

Ada yang sangat marah bila hujan tu turun

Tidakkah mereka2 ini bersyukur?

Hmmmm.......

Tapi saya suka hujan. Hujan suka, panas pn suka.

Cuma adakalanya menyukarkan pergerakan saya laa

Tapi tak kisah, bila tak boleh buat yg tu, blh buat yg ni

Contohnya...

Malam td saya rancang nk pegi pasar beli barang2 nk masak utk menyambut kepulangan parent saya esok and pegi bayar bil, tp disebabkan hujan yang mencurah2 , xdpat laa sy merempit dgn my dear brother pegi pasar.

So apa saya buat? Tarik selimut balut mcm kepompong, duk depan tv, tgk kartun yg macam2 pd hari minggu ni. Bukan tido tau, bagus kn???

Bila hujan makin lebat ni, saya terbayangkan ubi kayu rebus cicah dgn nyior parut, couplekan pulak dgn kopi O. What a heaven time hujan ni. (sebenarnye entry ni ditulis pn sbb terbayangkan ubi tuh). Meleleh jgk saliva ni. Rasa mcm skrg jgk nk g beli ubi kayu kt kedai...

Monday, November 14, 2011

ANNE MURRAY - YOU NEEDED ME

Saya terjatuh hati dgn lagu ni... so layan jiwang jap

I cried a tear
You wiped it dry
I was confused
You cleared my mind
I sold my soul
You bought it back for me
And held me up and gave me dignity
Somehow you needed me.

Chorus
You gave me strength

To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me

And I can't believe it's you I can't believe it's true
I needed you and you were there
And I'll never leave, why should I leave
I'd be a fool
'Cause I've finally found someone who really cares

You held my hand
When it was cold
When I was lost
You took me home
You gave me hope
When I was at the end
And turned my lies
Back into truth again
You even called me friend

Repeat Chorus

You needed me
You needed me

Saturday, November 12, 2011

RUMAH PANDU PUTERI NEGERI SELANGOR

baru2 ni saya telah mengikuti perkhemahan pek pandu puteri tunas daerah sepang yang diadakan di rumah pandu puteri negeri selangor yang terletak di petaling jaya.
walaupun saya pernah belajar di pj dulu, tp tak pernah dengar nama tempat tuh. melilau jgk laa sy dgn che ruzana hari tu.
rupa2nye rumah tu terletak di kalangan rumah kuaters kerajaan kt blkg tokong besar kt pj tuh
klu dtg dr pintu gerbang negeri selangor tu, terus jek sampai jumpa naik flyover yg pendek tu, klu ke kanan kite akn ke PPUM, tp nk g rumah pandu kite kena belok kiri. pastu terus sampai jumpa shell belah kiri kite, terus lagi sampai jumpa tokong besar belah kiri kite jgk, terus masuk lorong kiri tepi tokong tu, then terus sampai lorong belakang.then cari laa kt jalan belakang tuh. tu jek yg aku ingat.huhuhu

banner camping kami
ni papan tanda depan rumah tu
alamat dia pn yg tu laaa

kt rumah ni sangat sesuai utk perkhemahan kecil. anggaran saya kurang lebih 25-30 khemah blh didirikan kt tapak perkhemahan tuh.
kt site ni jgk ada bilik air utk kegunaan perkhemahan, selesa, tekanan air pn kuat.
kt atas ada rumah tp sy lupa nk ambik gambar dr che ruzana. tingkat bawah rumah tu ada mcm dewan mini n dapur,
ni depan pintu masuk rumah
kt tingkat atas ada lg 4 bilik dan 2 bilik air. so sesuai n selesa utk guru pemimpin nk berehat or tido. pendek kata tempat ni agak selesa.
so sesiapa yg nk sewa tempat ni blh laaa request penjaga tempat ni.blh rujuk dr web pandu puteri selangor. tempat ni baru dirasmikan beberapa bulan yg lau. so tak terkenal lg.

sekian. saje nk tolon promote tempat ni

BUAT ENCIK P YANG SAYA SANGAT SAYANGI


Kepada Encik P yg saya sayangi,

Maafkan saya kerana mengambil masa yang lama untuk melakukan ini

Encik P,

Maafkan saya atas segala kesakitan yang saya berikan pada awak,

Maafkan saya sebab tak jaga awak dengan baik

Maafkan saya sebab biarkan mereka2 itu mencederakan awak

Maafkan saya atas segalanya

Encik P,

Cepatlah awak sembuh

Kembalilah pada saya

Saya menderita tanpa awak

Encik P,

Saya janji, lepas ni saya akan jaga awak lebih baik

Saya akan lebih rajin untuk hantar awak pegi salloon walau hari hujan

Saya akan sayang awk lebih lagi.

Cepatlah pulang ye Encik P

Tuesday, November 8, 2011

SAYA TIDAK CANTIK

Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN :
~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

>>> CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik..bila Allah SWT suruh TUTUP AURAT, maka tutup aurat itulah cantik..bila Allah SWT menyuruh kita BERADAB SOPAN, maka beradab sopan itulah cantik, bila Allah SWT suruh kita menjaga MALU, maka menjaga malu itulah cantik..INDAHNYA perancangan dari
Allah..(
✿◠‿◠)

Thursday, November 3, 2011

SEMUA ITU TIDAK MUDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)