Wednesday, October 26, 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Aku pun copy paste jek

Monday, October 24, 2011

TING TONG LG


saje nk tgk cuti tahun depan walau tahun ni tak habis lg, kot2 laa nk merancang apa2 kn. kalendar pn aku dh highlight.

Date

Holiday

Applicable to

1 Jan (Sun)

New Year

All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

23 Jan (Mon)

Chinese New Year

National

24 Jan (Tue)

Chinese New Year (2nd Day)

National except Kelantan and Terengganu

5 Feb (Sun)

Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)

National

7 Feb (Tue)

Thaipusam

Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only

1 May (Tue)

Labour Day

National

5 May (Sat)

Vesak Day

National

2 Jun (Sat)

Agong's Birthday

National

6 Aug (Mon)

Nuzul Al-Quran

Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only

19 Aug (Sun)

Hari Raya Puasa *

National

20 Aug (Mon)

Hari Raya Puasa *

National

31 Aug (Fri)

National Day

National

16 Sep (Sun)

Malaysia Day

National

26 Oct (Fri)

Hari Raya Haji *

National

13 Nov (Tue)

Deepavali

National

15 Nov (Thu)

Awal Muharram (Maal Hijrah)

National

11 Dec (Tue)

Sultan of Selangor's Birthday

Selangor only

25 Dec (Tue)

Christmas

National



TERPAKSA


Big Bad Wolf Books


15 Oktober hari tu, aku dgn Puan Adibah n her princesses pergi ke Big Bad Wolf Book Sale kt MAEPS Serdang yg berlansung dari 7 hga 16 oktober. Aku tak tahu pn pasal sale ni sampai laa kak dib ckp, klu tak, awal2 dh pegi.huhuhuuhu

Hajat di hati nk tgk2 jek + beli mana2 buku yg sesuai utk ak

u guna dlm PnP. Sampai kt sana, hujan lebat yg amat,terpaksalaa melepak dulu sambil makan. Lepas tu baru masuk kt dalam tuh. Ya Allah, tersangat laa ramai org kt semua seksyen, harapan laa klu aku nk beli buku kanak2 yg best, terpaksa laa batalkan niat tuh.




Tetiba.....



Aku ternampak sign ni. Aduyai, memg me


malukan laa kn klu tak beli apa2 (alasan je tuh, sebenarnye x dpt nk mengawal nafsu utk membeli buku kt situ)


Akibatnye... inilaaa buku entah hape2 yg TERPAKSA aku beli. TERPAKSARELA ye.hehehehe

Yang pasti, bagi aku, semua buku2 ni mcm cute n best. Cute k.



1) Magic Spells For Lovers

Byk spells dlm ni, mcm laaa blh pakai kn? Tp nk jgk beli.hehehhe



2) The Lady Who Was Beautiful Inside

Aku beli buku ni sbb aku rasa ianya sgt memberi inspirasi, beautiful inside? I hope I am.


3) Vampires

Aku pn xtau apa kaitan buku ni dgn hidup aku, tp tangan ni gatal jgk nk beli buku ni


4) Sweet Hearts

Aku beli sbb buku ni unik, ada lubang heart shape kt tgh tu.

5) Low Fat Indian Cooking

In case aku ada masa + sgt rajin utk memasak. Byk2 tu, tak tahu nape aku pilih buku pasal indian food.


6) Twit Twoo and The Naughtiest Fairy

Finally, ni je 2 bijik buku aku beli utk PnP aku, terukt ul chekgu ni

Kak DEEB n anak2 dia yg keletihan shopping


Next time klu sale ni ada, tolong inform awal2 yek.hehehhe

Sunday, October 16, 2011

KALAU DAH SALAH TU, ADMIT JE LAA


sesaje je nk berkongsi cerita sepanjang mengukur jalan kt Nilai dgn puan hidayati hari ni.
1) beli barang kt giant, ada laaa 2 3 org depan saya, x kisah laa kn, first come first serve laaa. depan sy ada 2 org chinese teens, depan dia ada budak lelaki yg mcm dh settle bayar barang.tetiba dtg lak mak dia bg barang suruh bayar.budak cina depan aku mcm dh bengang jgk tp dia bg je laaa.tp dia tinggal barang2 tu suruh anak dia beratur and dia k
ata dia nk g belakang lagi nk ambik barang, bukan kt depan k, kat belakang.maknanya byk lg barang.nasib baik makcik tu x sempat sampai sbelum anak dia bayar brg.klu x, mesti aku kena tunggu lg.lepas anak dia dh byr, makcik tu dtg lg dgn mcm2 baraang lg kt tangan dia.cina depan aku pn sindir makcik tu sbb nk masuk line depan kitorang lg, suruh dia beratur.makcik tu mcm x puas hati, tp kena fahamlaaa, org lain beratur, nape dia xleh kn?

moralnye, silalah kite organize diri masa shopping. dh pilih semua barang baru laa gi beratur untuk bayar. klu tak, jd mcm kt atas laa, menyusahkan org lain + memalukan diri sendiri.
(kopi ni letak gula 2 sachet + krimer byk2 = sedapnyeeee)
2) saya sgt suka hot coffee kt mcD. so saya dgn puan yeth pn nk melepak kt mcD nilai depan tesco tuh, spt biasa sy sbg seorang yg patuh pada peraturan umum pn beratur laa, xde laa nk potong line nih.heheheheh puji diri sendiri lak. ada sorg budak perempuan berpakaian sopan ( saya rasa budak asasi uia a.k.a super duper junior aku or mgkin budak usim kot) beratur depan aku. bila sampai turn dia kt depan tu, mcm terlama lak. so, sy dgn tanpa rasa bersalah mencuri dengar laa apa yg berlaku. minah tu pesan 2 set mCchicken dan 1 set doublecheese. dia duk kalut kata 1 set mCchicken tu xnk air. cashier tu pn tanye laa, nk ala carte ke, dia masih lg duk ulang pesanan yg sama, lepas tu dtg kawan dia and say the same thing. aku faham laa dia xnk air. si cashier tu faham taht 1 as al carte. communication breakdown. saya agak2 budak pompuan yg berdua tu mesti tak faham apa maksud aa carte tuh. cashier tu lak x explain kt budak pompuan tuh apa maksud ala carte. saya ni dgn husnu zann nye dengan harapan dpt membantu bebudak tuh dan mempercepatkan proses dia kt kaunter tuh(sebenarnye supaya sy cepat2 dpt minum kopi yg sedap itu :P)
jadi sayapun rapat ke arah girl yg pertama itu dan berbisik "dik, klu set tu maksudnye memg ada air and fries". itu aje, x sempat nk abiskan ayat nk explain pasal al carte. second girl yg dtg kemudian tu terus jeling kt sy, then diorg ckp kt cashier semua set tu nk air jek. dh laa jeling, yg 1st girl tu lak xde pn nk berpaling muka kt sy. nk senyum or say thank you? harapan laaa kan. tp budak2 perempuan tu masih lg x puas hati membebel while waiting for their order. sampai nk balik pun terserempak dgn budak yg second tuh, masih lg dgn muka masam n menjeling. saya dgn perasaan pelik berfikir, saya buat salah ke?

komen saya : adik berdua, akak menegur sebb xnk adik berdua terus memalukan diri sendiri depan kaunter tuh. klu akak nk malukan adik, akak sound jek kuat2, ni akak bisik slow2 kan? itu pun salah ke? adik tak dengar apa org2 kt belakang akak duk komen pasal adik berdua? so tolong laa yek, klu org dh tolong tu, sila laa berbahasa sikit bila org berbudi, x luak pun klu adik senyum. ini ke UIA the garden of knowledge and virtue tu ajar adik? tolong laa jgn malukan garden tu yek. dh laa awk berdua tu yg salah n x faham, tp nk jugak berlagak n membebel mcm cashier tu lak salah,admit je laa awk berdua tu x faham.

sekian utk mlm ni.byk kali jumpa perangai yg sy x berkenan, tp malas dh nk cite, tp yg dua kt atas ni memg buat sy geram tak hengat

Friday, October 7, 2011

SALES ASSISTANT

hari ni kuar dgn adik2 beli barang2 skit
beli barang skit2
bandar dungun ni memg sgt kecik, so semua tempat aku masuk
and 1 tempat yang konfirm masuk ialah mydin
tp hari ni berlaku dua perkara yang cukup aku pantang kt ctu
ni just my personal opinion laa

1) aku cukup pantang bila aku masuk kedai mana2, pembantu kedai tu duk mengekor jek aku g sampai mana2. klu mengekor sbb nk bg servis ke, nk tunjuk arah ke, xde laa aku kisah, ni pandang aku atas bawah, atas bawah, macam laa aku nk mencuri kt kedai tuh.
itu laa yg berlaku kt mydin dungun td. hajat hati, aku nk beli laaa bekalan spentot sbb aku x bwk balik byk stok. tp aku ckup bengang dgn minah kt ctu, dia berdiri je kt tepi tempat tu sambil tgk aku pilih, aku beralih pn dia ikut n tgk semacam jek. namanya pilih spentot, manalah aku selesa org tgk kn, aku tgk muka dia pn dia leh tgk semacam jek. aku bukan sepahkan pn barang2 kt ctu, sentuh2 pun aku susun balik, aku move skit jek, terus dia g susun balik barang yg x sepah tu. last sekali, aku xde selera nk beli spentot baru, aku blah je laa, baik aku g beli audrey ke, secret ke, amo ke kt supermarket, xde sakit hati mcm tu, siap blh bg khidmat nasihat lg cmne nk pilih yg sesuai dgn fizikal kita, ni tak, klu aku tanye, confirm xthu apa2.

2) bila sales assistant tu maki2 customer. especially bila maki kt belakang.it happened in front of me. ada seorang lelaki tu berjalan sambil dukung anak n dia tak sedar dia dh jatuhkan 1 rak coklat.kebetulan lak adik aku jalan kt belakang lelaki tuh.adik aku tgh bwk byk barang, jd xde laa dia nk tolong angkat. adik aku pun berlalu je dr situ,aku lak berada berhampiran. tetiba kuar sales assistant dr celah rak kt ctu, keluar membebel2 marah pasal adik aku tak angkat rak tu, kononnya adik aku yg jatuhkan, adik aku memg x mendengar, tp aku yg mendengar nih panas laa jgk telinga, entah hape2 yg dicarutnye adik aku td, aku ni sabar jek, mcm nk tenyeh jek mulut minah tu, klu ye pun customer salah, tolong laa berbudi bahasa.

kerana kebengangan aku kt diorang td, x berjaya laa aku melakukan shopping yg sempurna hari nih. aku harap, pekerja2 bidang customer service ni diservis terlebih dahulu sebelum memberi servis kpd org lain.

sekian,
cik patung not in the mood

Thursday, October 6, 2011

WANITA ITU ISTIMEWA

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Tuesday, October 4, 2011

juz happy mode

kome buat laa apapun hari ni
kome kata laa nk kata apa
buat laa nk buat apa pun
tak terjejas kegumbiraan saya ini
virus gumbira saya tak habis lg
so selagi itulaa sy gumbira
hehehehehe <3 <3 <3

Monday, October 3, 2011

AKU TULANG RUSUKMU :/

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah..
p/s : v(^^)V

Saturday, October 1, 2011

KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

memg kisah dongeng jek