Sunday, December 25, 2011

HOPE

copied from the internet

When you’re exhausted, when all you have to count on is a weakened, weary faith, hold on. When you think you want to die, hold on until you recognise that it’s not death you seek, but for the pain to go away. Hold on, because this darkness will surely fade away. Hold on. Please hold on. - Tammie Byram Fowles, LISW, Ph.D

I’m sorry that you’re hurting so desperately right now. I know how painful the seconds, and minutes, and days can be, how long the nights are. I understand how very hard hanging on is, and how much courage it takes.

I ask though that you hold onto one day at a time. Just one day, and slowly this despair will pass. The feelings you fear you’re trapped in will serve their purpose, and then fade away. Difficult to imagine isn’t it? Almost impossible to believe when every cell in your body it seems cries out in agony, desperately in need of comfort. When it feels like the only thing in the whole world that can touch your pain and banish it is beyond your grasp. And after all this time, the assurance that you will heal has become an empty, broken promise.

Hold on because it’s worth the terrible waiting. Hold on because you are worthy. Hold on because the wisdom that will follow you out of this darkness will be a tremendous gift. Hold on because you have so much love and joy waiting to be experienced. Hold on because life is precious, even though it can bring terrible losses. Hold on because there is so much that you can’t now imagine waiting ahead on your journey - a destiny that only you can fulfill. Hold on although your exhausted and your grasp is shaky, and you want more than anything to let go sometimes, hold on even though. Please hold on.

And the light, the light at the end of the dark tunnel for so long cannot be seen, although eventually you’ll begin to feel its’ warmth as you move forward. And forward you must move in order to get through the hell of remembering, of despair, of rage, of grief. Keep looking forward please. Rest if you must, doubt your ability to survive the journey if you have to, but never let go of the guide ropes, although when you close your fingers around them, your hands feel empty, they are there. Please trust me, they are there

Saturday, December 17, 2011

BUAT RAKAN GURU...

Apalah bezanya lulusan dari mana rakan kita tu, atau berapa lama latihan yang diberikan, kerana apa yang penting usaha yang dicurahkan demi menunaikan tanggugjawab dan amanah yang diberikan dalam profesion yang dipilih.

Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga dipersalahkan.jgn kerana sedikit warna yg dibiaskan nila setitik kepada susu, kita lupa yang susu tu asalnya warna putih. Tidak semua graduan maktab tu hebat, tidak semua graduan ijazah pendidikan tu mantap, tidak semua graduan kpli itu berkulat dan tidak semua gstt tu sangap. Apa yg penting nawaitu dalam setiap diri.

Tidak semua bertuah utk mendapat peluang terus dalam pendidikan, ada yang senang perjalannya, ada yang jauh dan berliku perjalanannya utk menjadi seorang guru. Bersangka baiklah kita kerana ia lebih mendamaikan hati sendiri.

Bersama lah kita muhasabah diri.

Maaf terpaksa kongsikan post yg sy maksudkan, kita nilaikan sendiri, wajarkah kita melontarkan kata2 seperti itu. Mungkin kecil bagi sesetengah orang, tp tidak bagi saya. Moga ini menjadi peringatan bagi kita semua...

nama terpaksa dirahsiakan...

Post si polan bermula begini..

Dan berikut adalah komen2 rakan2...











No komen2 dr post2 yg lain...




p/s: maaf jika ada yang terguris, bersama bermuhasabah diri. cik patung pn insan biasa...

love and faith ;
cik patunghujan

THE DISTANCE

Saat terpisah beribu batu, rindu sentiasa berbicara...

Saat jarak bukan lagi pemisah, hanya kebisuan yang melafaz kata...

Apa guna bertentangan mata jika tiada rasa membara...

Kurela dipisah tiada ketemu kerna rindu pasti menemaniku...

Ku betah begitu jika itu bahagiaku...


p/s: apa guna dekat tapi jauh jika jauh tapi dekat lebih mendamaikan hati

love and faith,
cik patunghujan

Tuesday, December 13, 2011

KG BASONG & KG PASIR DULA DI KUALA BERANG : KG DURIAN GULING DI MARANG

Lama dh tak hupdate blog ni dgn cerite sendiri. Asyik ‘kopitehkan’ bahan dr internet jek. Cik patung tak berapa nk sihat dua tiga menjak ni. Effect cuti yg panjang, antibodi tetiba lemah, nk sakit mengada-ngada nk bermanja kt rumah. Tp semuanye masih dalam terkawal.

Few days ago, sy dgn family pegi kuala berang. Menjejak kasih yg jauh. Sebenarnya sy x pernah pegi pn kuala berang nih. Disebabkan sy yg jd miss drebar, kete tu memg x laju laaa (insaf lepas eksiden sekali). Sampai kt sana , kami main tala jek arah tujuan tempat tuh. Ayah Cuma kata kg tu on da way ke tasik kenyir. Dlm hati ni bimbang jgk sbb duk drive tanpa tahu destinasi. Menurut ayah saya, kuala berang dh jauh berubah. Tak macam masa ayah keje kt sana dulu. Sebelum ayah kawain dgn mak, dia keje sebagai tukang masak kt kawasan kongsi projek TNB kawasan kenyir tuh.tempatnye jauh ke dalam hutan.hmmmm. x dpt nk imagine jalan ke sana. Lepas meninggalkan tempat tu hampir 27 tahun (ikut perkiraan umur saya) sbb lepas mak lahirkan sy, diorg memg x pernah ke sana lg selepas sy lahir.

Mula2 g rumah tok wan (mak angkat ayah). Lupa nk ambik gambar dia. Lepas tu g rumah makcik maa. Makan nasik kt sana. Ikan lampam masak asam tempoyak sgt sedap. Lepas tu meneruskan perjalanan ke kg durian guling kt marang. Ayah nk pegi rumah pak cik jaafar. Makan nasi himpit lak. Lepas tu bru laa balik.

ni laa alamat rumah yg aku g.lebih kurg laa (siti nurhaliza duk KB)
mok cik maa
aku x sure dia sakit apa tp dia dh xleh berjalan
sijil penganugerahan dr indonesia utk suami dia
mcm lawak jek. rasa mcm anugerah dr 'sultan melaka'
sebelum meninggalkan kuala berang, singgah menyomping ubi n jagung
ambik gambar dgn akuarium kt rumah pok jaafar
berjamu dgn nasi himpit
bergambar sebelum balik


lalu depan tesdec tempat angah belajar dulu

Sunday, December 4, 2011

OST OMBAK RINDU


Saya adalah salah seorang dari pembaca novel Ombak Rindu. waktu muda mudi sbg seorg student dulu, membaca novel adalah aktiviti rutin. novel ombak rindu adalah salah novel terbaik yang pernah saya baca. apabila difilemkan, teringin jgk nk tgk. tp risau kalau hasilnya sama macam novel lagenda budak setan yg difilemkan. saya harap filem ni tak mengecewakan pembaca novel ombak rindu. apapun enjoy yaa OST ombak rindu ni.

(sila klik tajuk ni tuk tgk video kt youtube)

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Sunday, November 20, 2011

MC ANNUAL DINNER?

Baru-baru ni saya telah diminta untuk menjadi MC utk acara makan malam tahunan sekolah saya. Sangat laa rasa takut. Mana laa pernah saya jd MC untuk majlis yang ramai org, setakat depan budak2 boleh laaa. Tp selepas menggugel, tgk contoh2, dapatlaa saya buat teks separuh majlis. Knp separuh majlis?sbbnye yg the rest tuh majlis yg less formal, acara main2 n makan2, mana leh formal kn. Nk tahu cmne hasil karangan saya yang tak pernah dapat A tuh? Ini laa dia...

Melati kuntum tumbuh melata

Sayang merbah di pohon cemara

Assalamualaikum mulanya kata

Saya sembah pembuka bicara.

Yang berusaha, Puan Hajjah Rohaidah Mohd Ali, guru besar SK kota Warisan,

Yang berusaha, YDP PIBG Sk Kota Warisan, Dr Norizhar bin Kadarman,

Yang dihormati Naib YDP PIBG SK Kota Warisan, Dr Irwan bin Mohd Subri,

Barisan penyumbang yang bermurah hati menyalurkan sumbangan,

Tidak dilupakan barisan rakan guru dan kakitangan Sk Kota Warisan dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini bagi meraikan kecemerlangan seluruh warga Sk Kota Warisan pada tahun ini.

Kalau pergi tanjung Keramat

Anak manis jangan diangkat

Bersama kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat

Maka untuk memberkati lagi majlis kita, dipersilakan Al Fadil Ustaz Zulkifli bin Ab Llah untuk membacakan doa, dipersilakan.

Majlis mengucapkan Terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zulkifli Ab Llah atas bacaan doa itu tadi.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan malam ini kita mulakan dengan ucapan dari Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKKW Puan Roszila bt Balia untuk memberikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih Puan Roszila

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SK Kota Warisan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.............................................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Kini, tiba saat-saat yang dinantikan

Kalau tuan pikat cemara

Buatlah bara bakar selasih

Sudilah tuan jamu selera

Hidangan mesra pengikat kasih


Sungguh indah bunga kemboja

Dibawah atap tepi halaman

Juadah sudah letak di meja

Sudilah santap tuan budiman

Sekali lagi dipersilakan Al Fadil Ustaz Zulkifli bin Ab Llah untuk mengetuai bacaan doa makan.

Terima kasih.

Dipersilakan para hadirin untuk menjamu selera

Macam mana, ok tak? Masa awal2 tuh rase nk tercabut jantung, gugup sih, lepas tu dh ok dh...

Sekian saje entry yg entah ke brapa utk hari ni...

Cik patung nk g isi perut lak.

congratz to all UPSR candidates 2011

keputusan UPSR 2011 baru sahaja keluar beberapa hari yang lalu. ada yang suka, ada yang duka. bagi anak2 murid yg berjaya dapat 5A, tahniah tice ucapkan, especially to my dearest mentee syuhada.
sasaran sekolah tak berapa tercapai tahun ni, kami kena berusaha lebih gigih tahun ni.namun, berapa A pun yg anda dapat, itu adalah hasil usaha anda selama ni. bagi yang tak bernasib baik, jangan lah bermuram durja krn UPSR hanya 1st step. SPM masih lagi menanti anda dalam masa 5 tahun lagi, waktu tu, klu masih lagi bermain2 dan tak buat persediaan dengan rapi, jangan laa menangis air mata darah kalau keputusan anda tidak memberansangkan.



and again to my beloved state, Terengganu, congratz since you are still the best.
walaupun ada mulut2 yg tak senang melemparkan tuduhan yang pelbagai, tp saya tetap percaya kebolehan anak didik di terengganu. mereka memg tetap akan mampu tanpa soalan bocor (itulaa yg org lain tuduh, terengganu selalu dpt tempat teratas sbb cikgu2 bg soalan bocor. sesuka hati jek)
cikgu-cikgu kt cni memberi komitmen yang sgt tinggi untuk memastikan kejayaan anak2 terengganu. seingat saya, usaha konsisten ni dh berlanjutan dh lama, masa sy darjah 6 tahun 1996 pn usaha tu dh berjalan. contohnye :
~tekan tubi bermula dari awal tahun
~kelas tambahan petang 4 hari seminggu
~kelas tambahan 2 kali sabtu setiap bulan
~kelas tambahan malam 3 malam setiap minggu
~setiap kali cuti sekolah, 5 hari yg pertama akan diambil untuk kelas tambahan, 1 hari penumpuan setiap subjek.
~setiap bulan murid2 akan diberi set2 soalan utk dijawab. samada dari negeri2 lain atau past year questions. sekolah2 xde nk berkira duit fotostat or nk riso kertas soalan ni semua, tak kira laa dlm kegawatan ekonomi pn.ada sekolah sgt berkira tentang penggunaan kertas n pencetakan, takut membazir. as solution guna buku kerja, buku kerja mana cukup.
~ada sesetengah sekolah, setiap minggu buat solat hajat
~kem2 kecemerlangan peperiksaan
~bengkel menjawab peperiksaan
~kt sekolah saya belajar dulu, SK Sura Dungun, sesi tekan tubi bermula dari tahun 5. selesai jek budak tahun 6 exam UPSR, cikgu2 akan mula menumpukan perhatian kepada murid2 tahun 5.

semuanya bermula dr awal. jadi xde lah last minute bru nk buat itu ini. tekanan pun xde datang secara sekaligus, secara berkala, so dapatlaa absorb the stress. ini adalah apa yang aku alami 15 tahun yg lalu, sudah pastinye teknik terengganu sekarang lebih baik dr waktu aku dulu. so, says who murid kt terengganu bergantung pada soalan bocor????

cik patunghujan agak emo berkenaan isu ini. jangan kerana nila setitik(sekolah yg bg soalan bocor) habis rosak susu sebelanga (sekolah yg berusaha keras utk dptkan kejayaan).

apapun, all the best to all of you

BILA HARI HUJAN DAN SEORANG SAYA

Bangun pagi ni, rasa sejuk dh mencengkam tulang

I guess, confirm hari nk hujan

Surely after that hujan turun mencurah-curah

Untuk sesetengah orang, hujan ni bukan sesuatu yang menggembirakan

Ada yang sangat marah bila hujan tu turun

Tidakkah mereka2 ini bersyukur?

Hmmmm.......

Tapi saya suka hujan. Hujan suka, panas pn suka.

Cuma adakalanya menyukarkan pergerakan saya laa

Tapi tak kisah, bila tak boleh buat yg tu, blh buat yg ni

Contohnya...

Malam td saya rancang nk pegi pasar beli barang2 nk masak utk menyambut kepulangan parent saya esok and pegi bayar bil, tp disebabkan hujan yang mencurah2 , xdpat laa sy merempit dgn my dear brother pegi pasar.

So apa saya buat? Tarik selimut balut mcm kepompong, duk depan tv, tgk kartun yg macam2 pd hari minggu ni. Bukan tido tau, bagus kn???

Bila hujan makin lebat ni, saya terbayangkan ubi kayu rebus cicah dgn nyior parut, couplekan pulak dgn kopi O. What a heaven time hujan ni. (sebenarnye entry ni ditulis pn sbb terbayangkan ubi tuh). Meleleh jgk saliva ni. Rasa mcm skrg jgk nk g beli ubi kayu kt kedai...

Monday, November 14, 2011

ANNE MURRAY - YOU NEEDED ME

Saya terjatuh hati dgn lagu ni... so layan jiwang jap

I cried a tear
You wiped it dry
I was confused
You cleared my mind
I sold my soul
You bought it back for me
And held me up and gave me dignity
Somehow you needed me.

Chorus
You gave me strength

To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me

And I can't believe it's you I can't believe it's true
I needed you and you were there
And I'll never leave, why should I leave
I'd be a fool
'Cause I've finally found someone who really cares

You held my hand
When it was cold
When I was lost
You took me home
You gave me hope
When I was at the end
And turned my lies
Back into truth again
You even called me friend

Repeat Chorus

You needed me
You needed me

Saturday, November 12, 2011

RUMAH PANDU PUTERI NEGERI SELANGOR

baru2 ni saya telah mengikuti perkhemahan pek pandu puteri tunas daerah sepang yang diadakan di rumah pandu puteri negeri selangor yang terletak di petaling jaya.
walaupun saya pernah belajar di pj dulu, tp tak pernah dengar nama tempat tuh. melilau jgk laa sy dgn che ruzana hari tu.
rupa2nye rumah tu terletak di kalangan rumah kuaters kerajaan kt blkg tokong besar kt pj tuh
klu dtg dr pintu gerbang negeri selangor tu, terus jek sampai jumpa naik flyover yg pendek tu, klu ke kanan kite akn ke PPUM, tp nk g rumah pandu kite kena belok kiri. pastu terus sampai jumpa shell belah kiri kite, terus lagi sampai jumpa tokong besar belah kiri kite jgk, terus masuk lorong kiri tepi tokong tu, then terus sampai lorong belakang.then cari laa kt jalan belakang tuh. tu jek yg aku ingat.huhuhu

banner camping kami
ni papan tanda depan rumah tu
alamat dia pn yg tu laaa

kt rumah ni sangat sesuai utk perkhemahan kecil. anggaran saya kurang lebih 25-30 khemah blh didirikan kt tapak perkhemahan tuh.
kt site ni jgk ada bilik air utk kegunaan perkhemahan, selesa, tekanan air pn kuat.
kt atas ada rumah tp sy lupa nk ambik gambar dr che ruzana. tingkat bawah rumah tu ada mcm dewan mini n dapur,
ni depan pintu masuk rumah
kt tingkat atas ada lg 4 bilik dan 2 bilik air. so sesuai n selesa utk guru pemimpin nk berehat or tido. pendek kata tempat ni agak selesa.
so sesiapa yg nk sewa tempat ni blh laaa request penjaga tempat ni.blh rujuk dr web pandu puteri selangor. tempat ni baru dirasmikan beberapa bulan yg lau. so tak terkenal lg.

sekian. saje nk tolon promote tempat ni

BUAT ENCIK P YANG SAYA SANGAT SAYANGI


Kepada Encik P yg saya sayangi,

Maafkan saya kerana mengambil masa yang lama untuk melakukan ini

Encik P,

Maafkan saya atas segala kesakitan yang saya berikan pada awak,

Maafkan saya sebab tak jaga awak dengan baik

Maafkan saya sebab biarkan mereka2 itu mencederakan awak

Maafkan saya atas segalanya

Encik P,

Cepatlah awak sembuh

Kembalilah pada saya

Saya menderita tanpa awak

Encik P,

Saya janji, lepas ni saya akan jaga awak lebih baik

Saya akan lebih rajin untuk hantar awak pegi salloon walau hari hujan

Saya akan sayang awk lebih lagi.

Cepatlah pulang ye Encik P

Tuesday, November 8, 2011

SAYA TIDAK CANTIK

Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN :
~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

>>> CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik..bila Allah SWT suruh TUTUP AURAT, maka tutup aurat itulah cantik..bila Allah SWT menyuruh kita BERADAB SOPAN, maka beradab sopan itulah cantik, bila Allah SWT suruh kita menjaga MALU, maka menjaga malu itulah cantik..INDAHNYA perancangan dari
Allah..(
✿◠‿◠)

Thursday, November 3, 2011

SEMUA ITU TIDAK MUDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)

Wednesday, October 26, 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Aku pun copy paste jek

Monday, October 24, 2011

TING TONG LG


saje nk tgk cuti tahun depan walau tahun ni tak habis lg, kot2 laa nk merancang apa2 kn. kalendar pn aku dh highlight.

Date

Holiday

Applicable to

1 Jan (Sun)

New Year

All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

23 Jan (Mon)

Chinese New Year

National

24 Jan (Tue)

Chinese New Year (2nd Day)

National except Kelantan and Terengganu

5 Feb (Sun)

Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)

National

7 Feb (Tue)

Thaipusam

Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only

1 May (Tue)

Labour Day

National

5 May (Sat)

Vesak Day

National

2 Jun (Sat)

Agong's Birthday

National

6 Aug (Mon)

Nuzul Al-Quran

Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only

19 Aug (Sun)

Hari Raya Puasa *

National

20 Aug (Mon)

Hari Raya Puasa *

National

31 Aug (Fri)

National Day

National

16 Sep (Sun)

Malaysia Day

National

26 Oct (Fri)

Hari Raya Haji *

National

13 Nov (Tue)

Deepavali

National

15 Nov (Thu)

Awal Muharram (Maal Hijrah)

National

11 Dec (Tue)

Sultan of Selangor's Birthday

Selangor only

25 Dec (Tue)

Christmas

National