Monday, October 6, 2014

Puding Kastard Jagung

hari ni masih lagi cuti sempena hari raya Aidiladha. takde benda nk buat. sape suruh tak balik kampung kan. tp hikmahnye aku dapat laa recharge balik tenaga yg hilang sepanjang 2 minggu lepas. bagi sesetengah org nampak benda yg aku buat tu kecik aje tp for those yg faham dan lalui sendiri mesti faham..
bangun tido hari ni lepas makan pasta semalam, datanglaa ilham utk saye buat kuih utk perut boooncit saye.

Pilihan menu saya hri ni saya cilok dari resepi yg kwn sy share kt fb dia. Meh nk copy paste dri fb dia. Camni kekdahnye :

Puding Kastard Jagung

Bahan-bahan :

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir ( klu tak suka manis sgt, boleh letak 1 1/4 cawan)
1 1/2 cawan tepung kastard
Secubit garam

Cara Membuatnya :

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan gaulkan sebati. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil hingga masak. Puding perlu dikacau selalu untuk mengelakkannya dari bergentel.
3. Masukkan puding yang telah masak ke dalam loyang dan sejukkan. Siap..!!

Selamat Mencuba..!!

Tu dia resepi dia. Tp versi aku jadi macam kt bawah ni.ok laa kn utk 1st trial.aku memg fail bab kueh mueh ni. Korg cuba laa jugak  ye.


tgk nti lain kali resepi apa lak aku nk try...

No comments: