* 1] Orang yang
mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Dia juga tidak mengharap cintanya di balas.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.
* 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau
kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
* 3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima
kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat
badan kamu sudah bertambah.
* 4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang
apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
* 5] Orang yang mencintai kamu akan menghantar SMS seperti
'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan
lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,tapi berselindung ayat selain kata
cinta itu.
* 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak
mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau menghantar SMS.
* 7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang
berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
* 8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap
kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di sanubarinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
* 9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari
lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa gemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan
kamu, tapi dia memaksa hatinya untuk menyukainya.
* 10] Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu mungkin
sedang selesema,atau batuk-batuk,
dia akan sentiasa menghantar SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu -
kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
* 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia
akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
* 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu
barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.
* 13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang berbual di telefon
dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.
* 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di
dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
* 15] Jika suatu masa kamu harus pindah ke daerah lain,
dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang
boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh di sudut dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar?'
* 16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti
saudara daripada seperti seorang kekasih.
* 17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal
yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim
SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
* 18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan
kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat
kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
* 19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu
maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh
didunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu itu.
* 20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan
menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari
kamu walaupun SMS itu kamu menghantarnya berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan
segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
* 21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya
atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya..
* 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin
memberinya kesempatan. dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.
* 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah
memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia
benar-benar mengerti apa itu cinta...
No comments:
Post a Comment