Tadi duk FB walking dan terjumpa satu post ni kt Syabab Musafir Kasih. Rasa tertarik dgn post tu. Dgn tak sega silu, nk dikongsikan di kebuk Cik Patung ni...
Menurut pemilik FB tu, ni la Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami. Dalam kurungan tu, komen saya yek.
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.(wajib ni, klu dia pn xnk solat, mcm mana dgn sy nti? Sy pn lalai, klu suami sy lebih lalai, teruk laa sy)
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.(ni pn sudah tentu laaa, takkan laa saya nk yg xde keje)
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.( awk jgn risau, saya pn ada kenderaan sendiri, x perlu BMW pn)
4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.(Fardhu Ain wajib utk semua, klu tu pn xthu,habislaaa)
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq." (asal blh baca al-Quran, x perlu berlagu pn)
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.(ngorat jiran sebelah???melampau tuh)
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.(saling melengkapi kan)
8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.(hahahahah)
9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."(takdenye awk nk cemburu pasal sy ni)
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.(ni belajar sampai PHD tp fikiran mengalahkan budak tadika)
11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain. (yg sedang-sedang saje)
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.(jadi imam saya kt rumah pn dh ok)
13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. (hehehehhehe)
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.(heheheheheh)
16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.(sy x cun tp manis ada)
17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe. (kite makan maggi nk?)
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.(masak complete set pn xpe)
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.(betul)
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."(syahdu weh)
21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."(ni lg syahdu)
Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii
(p/s: semua org nk yg terbaik walau diri sendiri tak baik sgt, tp kite akn cuba jd yg terbaik kaaaaaaaaaaannn)
2 comments:
ada beberapa yg x bape nk setuju..belajar sampai PMR?? yakin ke? haha
oops, kena tambah yg dlm breket tuh,hehehhe
Post a Comment