Sunday, March 11, 2012

THE SPECIFICATIONS

Tadi duk FB walking dan terjumpa satu post ni kt Syabab Musafir Kasih. Rasa tertarik dgn post tu. Dgn tak sega silu, nk dikongsikan di kebuk Cik Patung ni...

Menurut pemilik FB tu, ni la Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami. Dalam kurungan tu, komen saya yek.

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.(wajib ni, klu dia pn xnk solat, mcm mana dgn sy nti? Sy pn lalai, klu suami sy lebih lalai, teruk laa sy)

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.(ni pn sudah tentu laaa, takkan laa saya nk yg xde keje)

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.( awk jgn risau, saya pn ada kenderaan sendiri, x perlu BMW pn)

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.(Fardhu Ain wajib utk semua, klu tu pn xthu,habislaaa)

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq." (asal blh baca al-Quran, x perlu berlagu pn)

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.(ngorat jiran sebelah???melampau tuh)

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.(saling melengkapi kan)

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.(hahahahah)

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."(takdenye awk nk cemburu pasal sy ni)

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.(ni belajar sampai PHD tp fikiran mengalahkan budak tadika)

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain. (yg sedang-sedang saje)

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.(jadi imam saya kt rumah pn dh ok)

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. (hehehehhehe)

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.(heheheheheh)

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.(sy x cun tp manis ada)

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe. (kite makan maggi nk?)

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.(masak complete set pn xpe)

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.(betul)

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."(syahdu weh)

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."(ni lg syahdu)

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii

(p/s: semua org nk yg terbaik walau diri sendiri tak baik sgt, tp kite akn cuba jd yg terbaik kaaaaaaaaaaannn)

Sunday, March 4, 2012

Sampaikan Pada Si Dia...

“Tolong sampaikan pada si dia!
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti… ”
~a sweet love like this…I’ve been waiting…for u~

I'M REALLY SORRY




Today I went to a place that is familiar with me. Hampir setiap minggu aku drive pegi situ, unfortunately, hari ni adalah hari yang sangat malang untuk aku. I didn’t do it on purpose sebab aku bukan laa kejam sangat..

It goes like this, I was accidently kissed a car that parked behind me. Ianya tak sepatutnya berlaku tapi ianye berlaku. Maybe saya tak cukup berhati-hati, sensor kereta pn tak berbunyi and terus je langgar. Aku drive masuk parking balik, aku intai kereta tu, x nampak kemik atau apa2. Dalam fikiran aku, kereta import model lama, walau cat pn mcam dh tak nampak rupa, tp kereta tu kan kuat, sebab tu tak kemik. Then aku decide tak turun kereta n terus drive balik rumah. Dh tawar hati nk shopping.

Sampai rumah, aku tgk plat kete aku pecah, memg tahap kena tukar laa, maknanye kuat laa td. Tetiba terus rasa sangat bersalah. Rasa diri saya sangat tak bermoral.kenapalaa sy tak turun tadi????

Kepada pemilik kereta tersebut, saya mintak maaf sangat2. Saya janji saya akan lebih hati2. Saya betul tak sengaja hari ni. Moga kereta awak tak apa2.

Cik patung skrg dlm mode susah hari dan rasa bersalah yang amat sangat. Kepada sesiapa yg terbaca post ini, jgn contohi kebodohan saya. Sekian terima kasih.