Tuesday, February 7, 2012

SUSAH vs SENANG


Entry ni tertulis kerana keterujaan sy membaca post Kak Jira tentang mudahnya jadi cikgu ni. Semuanye bermula dengan gambar di atas yg saya post kt pecbuk. At 1st post suka2 jek sbb share dr kengkawan.

Lepas baca entry kak jira kt blog dia, sy pun duk berfikir, di mana susahnya keje saya sbg seorang guru. Sebelum menjadi seorang guru, sy x pernah ada pekerjaan yg byk, entah knp, mak ayah saya x bg sy keje dulu.lepas belajar pn, pnah keje sbg pembantu kedai jek yg rasanya agak mudah.

Menjadi guru secara rasminya tahun lepas, byk yg saya belajar. Tiada susahnya menjadi guru. Cuma cabarannya yang adakalanya agak menguji diri. Agak betul apa yg diperkatakan gambar di atas. Semuanya guru. Namun dlm kesibukkan yg ada kalanya bukan my core business, tiada yg setanding dgn kepuasan hati saya menjadi guru dan melihat wajah2 comel setiap hari, tak lupa jgk bila melihat pencapaian mereka. Saya rasa sungguh bahagia.

Tak kisahlaa apa orang kata, keje guru ni senang atau susah, yang penting sy BAHAGIA dgn kerjaya saya. Saya akui, adakalanya terlepas juga keluhan atau desahan saya bila tak terkejar dgn tuntutan kerja dan rutin harian, tapi untuk mengejar bahagia mestilah perlu lalui rintangannya(mcm bercinta lak).

Saya nk petik kata2 dr blog kak jira

“Sila bagitahu saya kerja yang kita boleh marah client kita. Boleh mintak tolong cik atau encik pelanggan ambikkan buku. Boleh mintak tolong encik atau cik pelanggan hantarkan buku.

Sila bagitahu saya kerja yang client tak boleh nak marah kita. Pelangganlah yang selalu salah. Tertinggal buku pun dia salah. Tak siap homework pun dia salah.

Sila bagitahu saya, kerja yang hari ini kita marah client, esok dia senyum mesra lagi dengan k.” (keje lain semua customer always right)

“teacher is NOT an easy job. Simply because...kalau peguam kalah bicara, dia cuma hilang satu client saja dan mungkin beberapa yang berkaitan client itu. Tapi kalau cikgu salah mendidik, dia akan rosakkan satu generasi.

And semua sangat betullllllllllllll.

And i’m very sure that I’ll be happy with this job despite of whatever people say...

p/s :

{everybody want happiness, nobody wants pain. But you can’t have a rainbow without a little rain{

4 comments:

Nisah Idham said...

selalau terfikir, senang je keje cikgu ni.. tp baru tersedar nampak mudah tapi berat (^_^)

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

berat atau ringan bergantung kpd keinginan, kemahuan, dan usaha kita. i really love this job,berat tu hilang bila nmelihat hasilnya

Nisah Idham said...

betul, sangat setuju.. jika kite lakukan dengan ikhlas xde ape2 yg perlu di keluhkan :)

AxraZa said...

itulah pokok pangkalnya..xde yang susah kalau hati suka :)