Saturday, July 30, 2011

SEORANG AKU DAN 3 BUAH FILEM

Ini adalah entry berkulat yang baru saje nk di hupload dan merupakan entry personal saya. <3

Sejak dua menjak ni, saya sangat rajin menonton tv. Bila dh ada astro tu, lg lah byk pilihan nk tgk, setiap hari pun ada movie kt tv. Saya, sudah pasti penonton setia(rugi bayar mahal2 tp tak tengok ye). Tambahan pula, beberapa hari ni, byk filem yg sentiasa meruntun jiwa saya yang adakala sangat mudah tersentuh disebalik sikap saya yang kelihatan dingin tiada rasa.sesungguhnya saya juga manusia biasa yang punya rasa, yg sentiasa saya sembunyikan jauh dalam lubuk hati saya. Tapi adakalanya, tertembus juga tembok itu…

Dalam beberapa hari ni, inilah beberapa movie yang telah menyentuh hati saya dan mengingatkan saya pada sesuatu yg …

HUM SAATH SAATH HAIN

Satu kisah kekeluargaan. Hubungan kasih sayang yg sgt teguh di kalangan ahli keluarga. Saya sgt tersentuh dgn keakraban mereka, namun adakalanya hubungan tersebut boleh goyah bila digoncang oleh orang2 yg busuk hatinya. Air mata sy mengalir saat watak si anak yg tetap taat pada permintaan ibunya agar pergi dr keluarga tanpa mengetahui salahnya walau di saat itu hatinya hancur sendiri. Hati sy juga sebak di saat melihat kerapuhan yang berlaku dlm keluarga tersebut. Saya sgt sensitive dgn topic kekeluargaan skrg.

Nauzubillah. Semoga Allah menjauhkan ini dari keluarga kita.

LAILA ISABELA

Kisah Rakan karib, lelaki dan perempuan terjatuh hati sesame sendiri. Kata orang, lelaki dan perempuan xleh berkawan baik sbb mereka mesti akan akan jatuh hati sesame sendiri, sedar atau tak, perkara macam tu selalau berlaku. Adakala, aku pn percaya dengan pendapat tu, tapi, kebenaran kata2 tu hanya kita sendiri yang tahu. Apa yang penting ialah cara kita menghadapinya. Bila kita dah tersuka kt kawan baik kita, apa yang kita harus buat? Luahkan pada dia? Yaa, you need to do that if u cannot hold that feeling any longer. What if, dia x suka kt kite mcm kite suka kt dia? Haruskah kite membenci dia? Putus kawan?

Waktu nilah kita perlu menimbangtara yang mana terbaik, atau yang mana lebih bernilai. Silap buat keputusan, sampai bila2 pn kita akan menyesal. Based on my personal experience, saya memilih untuk melihat dia sentiasa berada di dalam hidup saya walaupun saya tak dapat menjadikan dia dunia saya. Nothing is better compared to see him live happily with the person he chose. By letting him go, I still know that he is around and I am still part of tiny space in his life. Tidak guna membenci kerana ianya lebih menyakitkan. Be professional dear, cinta boleh datang lagi, tp untuk mencari seorang kawan yang baik bukan senang kn.

Kepada encik H, I’m letting you go, I hope you will meet your soulmate. Bak kata geng2 dlm movie tuh, kalau dah tersuka, takleh nak buat apa. Saya dh tersuka awk tp awk tak suka saya. Tapi saya tetap kawan awk sampai bila2. No harm kn?

KETIKA CINTA BERTASBIH

Seperti yang ramai tahu, filem ini adalah kisah cinta yang digarapakn berdasarkan garis panduan yg bersesuaian dengan islam. Namun, apa yang menarik minat saya dalam filem ini ialah nasib yang dialami oleh watak utamanya ‘Abdullah Khairul Azzam’. Betapa dia seorang lelaki yang dikatakan sempurna untuk dijadikan seorang suami, namun jodohnya agak sukar ditemui, pelbagai rintangan yang dihadapi. Namun, sudah janji Allah, Dia telah menetapkan jodoh terbaik untuk setiap hambanya, akhirnya khairul azzam bertemu dengan permaisuri yang dia dambakan.

Begitu juga dengan saya, dalam usia yang sudah mencecah 27 tahun tetapi belum ketemu pemilik tulang rusuk saya, namun saya percaya, dia sedang menanti saya di satu sudut di dunia ini, hanya menunggu masa yang tercatit di loh mahfuz utk diketemukan saya dan dia.

Saya mungkin tidak dapat memiliki cinta pertama saya, namun saya tahu dan yakin, Allah itu maha adil dan Dia akan ketemukan saya dgn dia yang akan menjadi cinta sy hingga ke syurga, yang akan membimbing untuk mendapatkan cinta Ilahi yang lebih agung.

Kepada si dia yang belum saya temui, moga kamu adalah jodoh yang dijanjikan Allah yang akan menjadikan saya permaisuri disinggahsanamu, sebahagian dari hatimu untuk disayangi, menjadi tempat menyandar disaat kulelah ketika tiada siapa yang mempedulikankanku, dan yang paling penting, menjadi pelengkap sebahagian diriku yang belum sempurna. Semoga Allah mempertemukan kita nanti, Amin

4 comments:

AxraZa said...

saya suka dan setuju ttg part, biarlah dia dlm dunia kita wpun kita x dpt menjadikan dia dunia kita. terharu ye.

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

huhuhuhu. hanya kite yg memahami di saat kite membuat sesuatu keputusan, org lain blh laa nk ckp apapun, but still, kite yg lebih thu

faizeswit ^_^ said...

babe,bukan pemilik tulang rusuk u la..u tu dr tulang rusuk siapa...hehe papepun,pray for the best..maybe Allah dah reservedkan ur mr right..cuma saje nk bagi u experience lebih sikit in life..berjimba2 tanpa perlu pikir komitmen ^_^ plus,mana tau x lama lagi,mr right tu akan muncul ramadhan ni.. or raya nnti since u akan lebih memPERSONA pasni..hehehehe

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

kepada pembaca, sila take note info error pasal tulang rusuk yek.heheheh

faiez, AAAMMMIINNNNNNNN.panjang aminnye tuh