Sunday, June 26, 2011

TULANG RUSUK

rasa mcm best, so nk kongsi laa

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Wednesday, June 22, 2011

BOLA ITU BULAT

Entry khas ditujukan pada seorang kawan saya. Selama saya mengenali dia, tak pernah rasanya saya mendengar satu suara atau nada kekecewaan darinya.segala yang keluar dari bibirnya selama ini selalu dibicarakan dalam nada riang walaupun bercerita tentang kisah hatinya yang kecewa. Namun hari ini, saya agak terkujat dengan nadanya. Selama ini saya mengetahui betapa dirinya sangat ‘passion’ a.k.a teruja pada bidang sukan. Namun tidak menyangka kekalahan hari ini sangat mengecewakan dia. Tak dapat digambarkan betapa terdetak perasaan saya mendengar nadanya hari ini.

Awk, awk dh main sebaik mungkin, Cuma rezeki tidak menyebelahi even you did well. Teringat bila kita borak pasal game Kelantan vs Terengganu ritu, awk kata bola tu kn bulat, anything might happened. Sape2 jek blh menang kn. Tapi kekecewaan pasukan yang kalah tu xyah nk cakap laa kn. Then it happened to you today and I am speechless. Camne nk meredakan kekecewaan awk itu?

Bila seorang kawan mengadu kekecewaannye kpd sy, sy selalu speechless, xthu nk kata apa utk meredakan keresahan dia, I tried my best to give my advice or opinion but believe me, I am a good listener. They can tell me anything.

Entah apa yg saya duk mengarut ni. Cacamarba sguh.

p/s: tetiba teringat pada kawan baik saya yang selalu berkongsi rasa dgn saya dulu.kini dia sudah bahagia dgn dunia barunya, tiada lagi rasa utk dikongsi. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kebahagiaan utk dirinya.

Love & faith,

Cik Patunghujan

Saturday, June 18, 2011

I'M PROUD OF YOU

it was a hectic week
rase mcm nk meletup jek
dari 1st day sekolah sampai hari jumaat, xde pn dpt balik awal
kerja x pernah habis
mcm2 benda kena buat tp xpe laa, bertugas dgn ikhlas
stay back at school is much more better than staying at my 'sweet' home

apa yg aku nk highlight, of course laa program yg berkaitan dgn team aku
minggu ni kami ada 2 pertandingan untuk disertai

first of all, our action song team
hari tu team kami menang peringkat daerah, so kami laa yg mewakili daerah sepang ni ke peringkat negeri.saingan agak sengit namun guru kami selalu aim yg terbaik.

hasil usaha gigih guru2 dan anak2 yg tidak jemu berlatih, pasukan kami berjaya mendapat tempat kedua peringkat negeri. ALHAMDULILLAH.
tq pada sponsor2 kami yek.chantek baju

second lak pasukan choral speaking kami.ni gambar masa diorang buat persembahan 2 hari lepas.
itu adalah performance utk audition bg mewakili negeri ke peringkat kebangsaan di bawah program Petronas Streetsmart.
persembahan kami bukan lah yang terbaik kerana kekakangan masa. ekoran sikap kurang bertanggungjawab pihak tertentu yg bg aku agak 'smelly heart', kami nyaris tidak dapat menyertai pertandingan ini. terima kasih kpd pegawai ppd yg inform kami ttg pertandingan ini. walaupun hanya mengetahui tentang pertandingan ini pada saat akhir, kami tetap cuba melakukan yang terbaik.
keputusan audition belum diketahui, namun tahniah diucapkan kpd guru2 yang melatih dan choral speakers yg terlibat dlm team ini.

saya sangat gembira dgn kerjasama yang diberikan oleh kesemua ahli english team kami yang turun padang melatih anak2 yang berbakat itu

semalam duduk berbual dgn kak dib, faiez,kak maria, kak fidah n kak zai ttg cara utk menaiktaraf(bombastik lak perkataan ni) persembahan kami utk tahun depan. nk buat preparation awal laa rasanya.
antara solusi awal kami
>selection peserta akan dibuat dr awal tahun, bukan selepas menerima surat ttg pertandingan.budak2 mesti ramai nk masuk sbb dh tahu benda ni fun, bila ramai nk masuk, lebih luaslaa pilihannye, xde laa nti tangkap muat lak
>lebih strict dgn disiplin budak, klu nk main2, kena buang laa, baik pilih yg bersungguh nk masuk
>kena pilih budak2 yg berani, bersuara kuat, x malu.barulaa power kn, ini x, suruh buat aksi sikit pn malu, adoiiii
>strategi lain xleh beritahu laa, rahsia kerajaan english team skkw laa.huhuhuh

apapun, aku harap, yg seterusnya akn lebih baik dr yg telah berlalu...

saya sangat berbangga dgn pencapaian anda

love and faith,
cik patunghujan

Sunday, June 12, 2011

SEORANG AKU DAN POS EKSPRESS

aku ni konon2 baru nk berjinak dgn soping secara online
so aku tertarik laa pada 1 benda tuh yg biasanye aku beli berharga 3 kali ganda dr harga online
pendek kata aku meng'order' n bayar laa
kakak tu pn dh pos kt aku guna POS EKPRESS sbb dia memg biasa guna yang tu
berdasarkan no tracing yg dia bg, aku pn cuba laa trace kt web pos tu
beberapa kali aku cek
since 8 june tu aku duk tgu kt rumah x g mana2
harap2 dapat laa kononnye
sampai 10 june
cek kt web dia mcm ni laa statusnye
bila dh tgk status 'item arrived at processing center' aku pn duk laa kt rumah lg, tgu punye tgu sampai ke sudah ade yg sampai nye
nk kata silap alamat, boleh pulak bil and surat lain sampai
so apa kehal nye?

bila x sampai, malamnye aku cek status, gini lak
'item to be collected at counter delivery'
apa masalahnye?
ngok ngeks sguh
aku tersangatlaa aku bengang sebenarnye
dh laa aku ni mengalami masalah transport, maklumlaa x mampu beli kenderaan sendiri lg.so mcm mana aku nk g sana kn.huh

selama ni aku duk dengar2 jek pos ekpress ni selalu ada prob klu area sini, bila kena kt aku bru laa aku thu, rasa mcm duk kt bandar dh, tp service memg LAMPIII gila. maflaa bila lepas ni terpaksa guna kurier laini. biarlaa terpaksa bayar mahal asal brg selamat sampai on time. tu yg penting kn.

ni x masuk lg cerita posmen kt kg aku kt dungun sana, pkul 1 dh start melepak kt kedai santan kt sura tuh berjam-jam, tp nk hantar surat kt rumah aku yg belakang tu sikit punye malas. ngok ngek x? posmen sebelum ni xde pn masalah gitu, byk cite pasal pos ni tp aku xnk ckp apa, aku ckp apa yg aku kena sendiri jek.klu x caya, pegi laa bos cek kt kedai santan dekat kg sura tu, time tghari ada laa kt ctu kecuali member dia yg keje kt kedai tu xde

p/s: harap2 lepas ni POS MALAYSIA boleh laa mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka

Sunday, June 5, 2011

GURINDAM JIWA

( L )
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

sejak dua menjak ni terbuai kenangan lama
apapun past is past
life must go on

Saturday, June 4, 2011

KEPADA DIA

Selepas lebih 6 tahun, dia tiba-tiba muncul kembali

Bersama pengganti diriku

Mengubati luka yang kutinggalkan

Kuharap dia adalah terbaik untuk dirinya

Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan untuk dirinya

Kerana dia pernah membahagiakanku…

p/s: untuk Encik N, siapapun pilihan awk, sy pasti gembira melihat awk bahagia :) <3

Wednesday, June 1, 2011

LELAKI SEJATI

Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.

Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.

Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!


kredit to iluvislam