pada tanggal 6 pd purnama keempat, berkatalaa sang penghulu pada sekelompok jelatanya...
tuan hamba ibarat tuah 5 bersaudara
sentiasa bersama ke mana sahaja
sentiasa tuan hamba berlima dlm kesepakatan
namun rakyatku,bergaullah dengan warga negeri IPG yg lain
usah lah tuan hamba berlima bersahabat dikalangan perkampungan LIPI shj
contohilah daku si penghulu juga para pembantunya...
maka terdiamlah si lima bersaudara
apakah khilaf bg sang saudara berlima sentiasa bersama?
termenung dan terfikir laa akan para saudara berlima
pada tanggal 8 purnama keempat
maka berjalanlah salah seorang dari saudara berlima
menuju ke kedai mencari juadah utk dirinye dan geng bersaudara
terjumpalah dirinye dgn rakan sekampung LIPI
bertegur sapalah akan mereka dgn si bersaudara yang seorang.
habislah akan sekalian perkampungan LIPI akan pengajian pagi
maka mehujulah mereka pulang ke teratak masing2
maka terjadilah lg, berjalan bersendirian seorang yg bersaudara
menuju pulang ke teratak
maka terjumpalah lg si saudara yg berseorangan akan rakan sekampung
maka bertegur sapa lah lg sekalian rakan
maka bertanyalah mereka akan si bersaudara yg berseorangan
akan apakah perkabarannye,
mengapa si bersaudara hanya berseorangan
kemana pergi sekalian saudara persepakatan?
tersenyumlaah si bersaudara yg bersendirian
dikatakan lah si bersaudara akn penjelasannya
tiada puasnya di hati rakan sekampung
x mungkin dan munasabah katanye
pasti ada musibah menimpa
ditokok tambah lg si rakan sekampung
bangkai klu disorok akn pasti terbongkar juga busuknye
terkedu laa si bersaudara yg berseorangan...
maka bermuhasabah laaa akan si bersaudara yg bersendirian
apakah masalah atau musibahnye?
sentiasa bersama jua tidak dipersetujui umum
bila tidak selalu bersama
dikatakan bersengketa antara saudara
beratlah kepala si bersaudara yg bersendirian memikirkannye
selepas panjang muhasabah akan dirinye
berkeputusanlah si bersaudara yg seorang
biarlah apa yg dibicara rakan LIPI sekampung
persaudaraan berlima tetap utuh
moga diberkati Allah
buat rakan sekampung
utuh kami lima bersaudara
tiadalah khilafnya
tiadalah maksud kami lima bersaudara tidak bersahabt dgn ahli dari kampung yg lain
bersahabatlah jua kami dengan warga perkampungan LISN dan LIMT
duduk berpenglipulara di kamar2 di teratak buruk
bersahabat juga kami dengan warga kampung mereka spt sekaliannye dr kaum adam
usahlaa diri2 tuan hamba menilai dr mata luaran
melihat hanya kpd bersepakatan kami di dlm perkampungan LIPI
kami lima bersaudara hanya makhluk tuhan seperti sekalian diri2 tuan hamba sekalian adanya...
setiap detik mengutuk,mengomen dan menghentam akan diri kalian semua atas diri lima bersaudara, cerminlah diri2 sekalian diri.moga sentiasa diberkati adanya....
7 comments:
sungguh terharu ku membaca hikayat merong mahawangsa mu...
namun ku berbangga kerana bahasa mu begitu puitis lagi syahdu...
teruskan berkarya wahai roomate ku...
aku memberi sokongan yang padu...
sekian sahaja komen tulus ku...
terima kasih mate ku
sesungguhnye ku berkarya hanya utk meluahkan perasaan jiwaku...
adapun patik amat terharu adanya..
membaca luahan tuan hamba sedih benar bunyinya...
patik jua keliru seadanya..
apakah kudis apakah hama..
akan kesepakatan kita berlima?
apakah onarnya kepada mereka semua?
makanya patik terima saja..
apa dakwaan mereka seadanya..
kitalah jua yang lebih tau segala
akan duduk perkara sebenarnya..
teruskan berkarya wahai saudara..
wahahaha
begitulah adanya
menerima akan diriku seadanya
bak bicara laksamana hong
penerimaan tanpa syarat
tidak akan berakhir segala ceritera
kecuali tertutup sudah sekalian mata
telah dibawa diri ke alam yg kedua akhir...
Sungguh bijak sekali tuan hamba sekelian bermadah kata.. melontar rasa.. disulami dengan benang bahasa.....seluas dunia, terbentang lautan, setinggi gunung yang menyentuh di kaki awan..selurah bukit seindah pelangi...ketawa manusia dek gembira menangis jua kerana tersentuh...betapa luas pancaindera yang dikurnia betapa indah nya hidup untuk dinikmati..masih jauh dari jangkauan akal sendiri... tapi kita memilih untuk begini...
wahai hamba dariNya, adapun patik terpanggil jua utk menjawab kata-kata tuan hamba...cara menikmati hidup ini adapun terserah saja kepada insan-insannya..adapun betapa jauh jangkauan pancaindera, betapa indah jua hidup utk dinikmati sudah-sudahnya manusia akan memilih apa yang selesa jua.. siapalah pula si fulan si fulan lain itu untuk menghakimi apa yang terbaik utk insan-insan ini. wallahu'alam.
sesungguhnya,berbangga diriku akan saudaraku zazira atas kemeningkatan kemahiranmu menyusun kata.
buat hamba dariNYA hamparan terima kasih atas kesudian singgah ke blog usangku.
terlalu indah alam fana diciptakan olehNYA dgn setiap isinye termasuklah kita khalifahnya
kite memilh utk hidup begini dan begitu
kite ingin hidup bahagia menikmati kurniaan nafas dr YANG ESA
namun, kala ada tangan2 yg iri,apakah perlu kita teguh di situ tanpa membela bahagia yang dicipta?
Post a Comment