Monday, September 24, 2012

CIK PATUNG MELAYAN RASA...



Banyak benda urgent yang memerlukan perhatian saya, tetapi hati saya meronta2 agar melayan jiwa saya yang berbunga-bunga ketika ini... Simple things boleh buatkan saya gembira yg overdose (mcm sy selalu cakap laa).

A call at the midnite just utk buat saya jeles sbb dia berada di kg, bg saya sgt sweet.

A wake up call in the morning untuk mengusik saya  (sbenarnye percubaan nk dgr suara serak saya bila bangun tido) then telling stories (cite lama2 yg menusik kenangan)...

Then perbualan ringkas yg meletakkan setitis harapan pada penantian saya...

Semua yang saya alami dlm hujung minggu ni cukup untuk buat perasaan saya berbunga2. Menenangkan hati saya yg resah dgn pelbagai tuntutan harian.

Pengalaman setiap orang berbeza. Tapi bagi saya, si dia cinta pertama saya tak pernah gagal membuat hati saya bahagia walau kerapkali juga si dia membuat hati kecil saya ini mendung menumpahkan hujan. Tapi setiap kali juga di saat dia melakukan sesuatu yg menyenangkan saya, segala luka hilang begitu sahaja. Cukup membuatkan saya gembira walau kala itu masalah sebesar gunung berada di atas pundak saya. Si dia sentiasa menjadi kekuatan saya. Simple message wishing me good luck pn cukup utk membuatkan sy bersemangat melakukan apa sahaja. Adakalanya saat saya merajuk (dia tak tahu pn saya merajuk or dia buat2 tak tahu je sy merajuk), saya tebalkan muka untuk call atau msg dia sbb saya tak tahan bila lama2 tak berhubung dgn dia. Tapi kadangkala bila ego melampau sikit, sanggup sibukkan diri dgn keje semata2 taknak fikir pasal dia. Perangai saya macam budak2 yg bru gatal nk bercinta. Yang penting, hati saya rasa tenang seketika.

Adakalanya saya pun tak faham dgn diri sendiri. Kenapa perasaan saya terlalu mendalam pada dia... bertahun2 berperang rasa, malah pernah cuba meletakkan pengganti dia, namun x pernah berjaya. Si dia tetap utuh di hati...

Saya sentiasa mendoakan moga ada jodoh saya dengan dia,moga Allah melemparkan perasaan yang sama ke dalam hatinya, tetapi saya hanya insan kerdil yg mampu berdoa dan mengharap. Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk saya.

Kepada si dia, jika Allah tidak meletakkan awak sebagai jodoh saya, saya menerimanya dengan redha, akan saya simpan kurniaan rasa yang indah ini jauh dalam lubuk hati saya bukti hati ini mempunyai rasa...

p/s : maaf ye kepada yang terbaca entry ni. Cik patung agak terbuai rasa hari ini. Doakan moga Allah memberi kebahagiaan pada cik patung <3 o:p="o:p">

love & faith
teruterubozu a.k.a cik patunghujan

2 comments:

AxraZa said...

hmmmm... pernyataan berani. kak zira diganggu rasa yg sama minggu ni. tp belum tegar menulis di blog. haha

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

ini adalah entry kesan bergulung semalam.hehehehe
pengakuan maut tuh