Sunday, January 22, 2012

2011 DALAM KENANGAN


Lama sangat rasanya tak hupdate blog ni dgn cerita sendiri.maaf ye cik patunghujan, sy sgt bizi dgn realiti hidup sy.hmmmm....

Entry penutup 2011 pn xde kn?

2011 adalah tahun yang best bagi saya. Banyak benda dari wishlist saya tercapai, Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Dh jadi cikgu tetap

Dulu Cuma GSTT, selalu menelan kata2 yg tak best. Skrg saya dh jd cikgu tetap kt sebuah sekolah rendah kt Sepang. Alhamdulillah, suasana kt sini sgt berbeza dgn sekolah lama sy dulu. Klu dulu x rapat dgn sgt pn dgn cikgu2 lain kt sekolah lama tuh, sbb x semua suka kt gstt. Tp kt sekolah baru ni, semua cikgu blh dibuat kawan. And paling penting, saya ada ramai kakak kakak yg sayang kt saya. Ada kak dib, ada kak maria, ada kak fidah, ramai lagi laa. Klu buat list, sy boleh copy paste senarai nama guru jek kt sini.hahahahah (sila baca dgn nada PERASAAN yg sgt berlebihan, huhuhuhu). So I was and still the most adorable adik kt sekolah tu.(statement yg lagi PERASAAN berlebihan dari yg kt atas.hahahahah).of course laaa sy memegang title tuh sbb sy kn seorang adik yg single, jauh dari keluarga and manjauh dari keluarga.jagi terpaksalaaa mereka jaga saya yg sangat nakal nih.

Dh dapat Encik P

Akhirnya dapat jgk saya beli sebuah kereta.namanya encik P. Panjang ceritanya sebelum beli kete tu, tp Alhamdulillah menjalar jugek kereta sy tu di jalanraya sebelum raya.

Kereta biasa ajek, tp berbangga sbb itu hasil titik peluh saya, xkan x bangga dgn diri sendiri kan?

Successful events

Sepanjang jadi cikgi tahun ni, byk perkara baru saya belajar. Menjalankan tanggungjawab yg sebelum ni tak terimpi pn saya akan buat. And during 2011, i did those things. Banyak. Setiap satunya ada pencapaian sendiri. Pencapaiannya tidak terlalu hebat di mata org lain, tapi bagi saya secara peribadi, saya sgt menghargai dan berbangga dengan setiap satu event yg melibatkan saya secara lansung dan tidak lansung wlu betapa kecil pun penglibatan saya.

~pasukan choral speaking- 2nd place for district level

~ppda-4th place state level

~action song

~pss

~pengurusan pibg-3rd place state level

~lain-lain

Terlalu byk nikmat yg Allah kurniakan kpd sy sepanjang 2011.Alhamdulillah.

Sepanjang 2011 juga, sy telah ditimpa beberapa kemalangan yg x dapat dilupakan. Tp yg paling sy x dapat lupakan adalah ditimpa kemalangan, namun Allah masih sayangkn saya, xde satu calar pn pada badan sy. Tp kesian kt encik P sy. Sebulan jgk dia duk dlm ward. Tp skrg semua dh kembali normal.

Seperti tahun sebelumnye, pasti ada impian yg tak tercapai. The one and only, berjumpa dgn pasangan hidup.so far belum lg. Sy pernah kata dulu, sape yg berani g jumpa my parent, ask their permission to marry me and they agreed, insyaAllah I’ll marry him.but so far xde sorg lg yg berbuat demikian. So bila 2011 berakhir, sy masih lg single and available.attention, SINGLE & AVAILABLE.

Begitulah berakhirnya tahun 2011.

p/s: yg sy bold tu sgt penting yek J

love and faith,

cik patunghujan |{¯

No comments: