Tuesday, December 2, 2008

wedding haslina

haslina n izzat
oficially married on 28th november at 9pm
sweet kn?
has and me with the couple

ni bride masa bru lepas mekap.



busyra humaira'







this is busyra humaira'. sweets name.it means "berita gembira yang kemerahan"
of course she is.her parent had waited for 12 years for her.
it really sweets.
inilah dinamakan keagungan ALLAH.
rezeki semua dtg dari Dia
comel kn?
sesuai dgfn nama dia

Thursday, November 13, 2008

TANDA-TANDA SAKIT

Risalah ini bagus untuk anda semua.Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1.MATA

(Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur :
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema :
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3.BATUK

a. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4.KERONGKONG

i) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR

(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH :

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk .
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA:

Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat :
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung :
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8.KULIT
Berpeluh :
a) Peluh masin :
Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau :
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9.RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10.KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11.KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12.RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :

Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI :
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI :
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA T
anda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 16. LIDAH

RASA TEGANG DAN PENDEK :
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH :
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR :
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25.. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

cinta tak bersyarat - element

tak ada sedikitpun sesalku
tak bertahan dengan setiaku
walau di akhir jalanku harus melepaskan dirimu,
ooo
ternyata tak mampu kau melupa

dalamnya cintaku yg hebat
hingga ada alasan bagimu
tuk tinggalkan setiamu, ooo

reff:

demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
karna demi cinta

telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti
cinta itu tak mesti memiliki
andai saja bisa kau pahami

layaknya arti kasih sejati
karna cinta yg sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat, oooo

repeat reff

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat

Sunday, November 2, 2008

a day after convo

muka kitorang dr dalam tempayan
dgn mama ina

aku dgn has.mana lg comey?


kami dh grad.huhuhu.



wedding

salam
aku sje tayang gambar kawan aku yg dh kawin
ambik berkat jek
aku lambat lagi..
tak tahu laa
who will be my prince???
yang ni da best part.my best fren hafizah alias.aku jd dia punye pengapit hari tuh. cantik tak? aku yg mekap.simple but sweet.aku kagum dgn wedding dia.simple, islamic tp meriah....

ni lak gambar ainy sudin.wedding yg penuh kontroversi. tp as fren aku slu doakan kebahagiaan dia.dh ada sorg babyboy pn.deliver bulan pose hari tuh




ni
ni hidayah azmi. kawan sekolah rendah dulu. tak la terlalu rapat.tp dr darjah 1 smpi 6 skelas .zaman muda lu slalu gaduh dgn dia. aku suka usik dia sb dia manja.skrg takleh dah.dia dh ada guard.huhuhu

Smktiz

ni keje budak kelas 6 ats int 3. budak kelas ni yg lelaki tak betul skit. wayar tercabut. si azreen tu suka bwk hp g skolah.ni dia la ambk gmbr send mms.
ni masa last day kt iz.gambar curi gak.


my precious memories

ni last day kt uia.masa ni family dtg ambik barang.sblum aku naik pajero pok de aku bersama che de muda berumur 18 tahun, sempat la poyo dgn budak2 ni ambik gambar.diorang ni bwt lambaian slmt tgal utk aku
thanks lin,wanie,chom,tini n azim
ni kami panggil BBQ terrorism. 4 those who attend jek thu nape ktorang panggil camtu. tp memg lawak sgt. anyway aku enjoy giler hari tuh. thanks guys

ni gambar favourite aku dgn hasni n haslina. aku syg sgt kt diorang. lambatnye nk tgu hujung bulan 11.nk jmpa diorang la.


kami ada gelaran sendiri.hasni yg bg nama.


hasni yg mulut tgh muncung tu jd kakak.haslina yg wat iklan colgate tuh jd mama sb dia plg kecik.n aku jd adik sebab aku paling sihat,huhuhu.












ni masa ambik CP 1. takut gila time ni.






first time bwt hearing depan lecturer.cm dlm court betul jek.xleh lupa muka mdm duryana masa tuh. takde belas kesian langsung.hahaha. tp aku menang kes



aku berpartner dgn atiah yg plg kiri tuh.tudung merah tu enol.dia jd moral supporter kitorang.yg tepi aku tu azimah. dia jd lawan ktorang untk kes tuh.inilah ktorang.last jumpa time konvo hari tuh






Wednesday, October 15, 2008

officially

hari ni genap sebulan 13 hari aku jd cikgu kt smk seri paka
mcm2 aku blajar
90% kelas yg aku ajar semua budak nakal. tensen jgk
tp tu baru permulaan
less than a month nk cuti skolah
tahun depan nak sambung ke tak kontrak pun tak tahu
berat laa jd cikgu
maybe aku kene masuk bidang aku balik kot
to be a lawyer??? hahaha i dunno
cikgu baru tp aku diberi tugasan penyelaras exam form 1
berpeluh gak
sepatutnye cikgu gstt takleh ambk tanggungjawab tu n takleh ajar budak periksa
tapi dalam kes aku aku pegang jawatan tu n ajar 2 kelas budak form 3

patut ke??/
tp bg aku ok jek
aku leh tunjukkan kemampuan aku

yang lawak, budak2 ni tgh confius status aku
married or unmarried
hahaahaa
itu yg diorang fikir

seminggu sebelum raya aku mengamuk kt budak 1 sina
aku amalkan ustzah ramizah's rule (refer kt ustazahlama.blogspot)
budak yg lewat masuk bilik kh tu aku terima lg sb bkln salah diorang tp cikgu yg sbelum aku tu kluar lambat
tp yang aku hangin dgn geng 4 prasan cantik ni
dah laa tak buat benda aku suruh. tak bwk bahan n cuba ponteng kelas
aku terus ckp cmni
"klu awk rasa muka awk cantik laku jual tepi jalan takyah masuk sekolah, g jual; muka jek.klu taknak belajar clp kt mak ayah awk, jd takyah sy susah2 hantar surat amaran kt makayah awk. diorang pun tak malu n tak rugi. selagi awk tak buat apa yg sya suruh, tak bwk bahan, jgn masuk kelas saya"
kejam ke statement tu???
ye laa nk buat projek jahitan utk kh tp kertas majong pn tak bawak, cmne nk bwt polaa

nti sambung lg laaa
nk balik lak

Tuesday, August 5, 2008

kesetiaan

kesetiaan tak selalu di balas kesetiaan

sedih betul...

jadi setiap kita yang memeberi kesetiaan perlu

melihat kepada siapa kita hamburkan kesetiaan tu.......

aku dan kamu

Ari Lasso feat. Bunga Citra Lestari - Aku Dan Dirimu

tiba saatnya kita saling bicara


tentang perasaan yang kian menyiksa

tentang rindu yang menggebu

tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam

tenggelam dalam gelisah yang tak teredam

memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:

duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah

perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu

dan kini hanya ada aku dan dirimu

sesaat di keabadian

jika sang waktu kita hentikan

dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas


antara kau dan aku, kita

repeat reff

Friday, April 25, 2008

HANYA DIA YANG MAMPU

Aizat - Hanya Kau Yang Mampu
Ku cuba redakan relung hati,

Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku..
Cerita tentang masa lalu,

Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku..
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku..
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta ooohhh..Aku cinta oooo…

Tuesday, April 22, 2008

FINALLY..

last nite i check my final result.berdebar gila2. yelaaa klu ada yg sangkut, tak grad la aku tahun ni... aku betul2 harap aku takkan repeat paper or sangkut sem..
alhamdulullah, aku grad jugak dgn jayanye...
last nite tengok result, walau tak flying colours tp at least lepas smua. insyaALLAH klu ada rezeki wat makan2 skit nti....
aku bersyukur sebab some of my close fren ada yg sangkut lg....kesian kt diorang.......

Sunday, April 20, 2008

hepi besday

hepi besday to me
hepi besday to me
hepi besday to teruterubozu
hepi besday to me

hari ni 20 april 2008, rasmilah umur aku 24 tahun.....