Wednesday, June 27, 2012

ORANG YANG MENYINTAI KAMU...




* 1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Dia juga tidak mengharap cintanya di balas.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

* 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan
kamu tetap menjadi impiannya.

* 3] Orang yang mencintai
kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

* 4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

* 5] Orang yang mencintai kamu akan menghantar SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan
kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

* 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau menghantar SMS.

* 7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

* 8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di sanubarinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

* 9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa gemaran kamu -
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi dia memaksa hatinya untuk menyukainya.

* 10] Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu mungkin sedang selesema,atau batuk-batuk,
dia akan sentiasa menghantar SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu -
kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

* 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

* 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

* 13] Orang yang mencintai kamu akan
terdiam sesaat, ketika sedang berbual di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana
kamu telah menggegarkan dunianya.

* 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

* 15] Jika suatu masa kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh di sudut dihatinya
dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar?'

* 16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

* 17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

* 18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

* 19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh didunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
dia
tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu itu.

* 20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka
nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun SMS itu kamu menghantarnya berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.

* 21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya..

* 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan. dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya
dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.

* 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...

Wednesday, June 20, 2012

It is difficult when your lips say " I let him go" but deep inside you, your heart always say, "He is the one" 

Monday, June 11, 2012

~ ARMADA BAND ~

duk browse kt youtube..
rasa macam lagu2 band ni best aje
hargai aku, pemilik hati, n mcm2 lg
yg ni lirik pemilik hati....


Lihat ku disini
Kau buat ku menangis
Tak ingin menyerah
Tapi tak menyerah
Mencoba lupakan
Tapi ku bertahan
Reff:
Kau terindah kan selalu terindah
Aku bisa apa tuk memilikimu
Kau terindah kan selalu terindah
Harus bagaimana ku mengungkapkannya
Kau pemilik hatiku
Mungkin lewat mimpi
Ku bisa tuk memberi
Ku ingin bahagia
Tapi tak bahagia
Ku ingin dicinta
Tapi tak dicinta
Back to Reff: 2x
Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku

Sunday, June 10, 2012

KISAH HATI ~ ALYAH

terdengar lagu ni dlm mentor tadi
tetiba rasa mcm mengusik jiwa lak
entah laaa
kisah hati ~ alyah


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya